Bajet jadi halangan terbesar Damok

Bajet jadi halangan terbesar Damok

Syarifuddin Azman ketika ditemua bual pemberita dalam sidang akhbar MotoGP 2022 di Litar Antarabangsa Sepang, semalam. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Impian pelumba muda negara, Syarifuddin Azman untuk beraksi dalam kejuaraan motosikal dunia menjadi realiti apabila disahkan menyertai pa­sukan Moto3 Sepanyol, MTHelmets_MSi, musim depan tetapi apa yang menjadi kegusaran kini ialah bajet.

Pengakuan itu didedahkan sendiri pengurus ZK Ra­cing, pa­sukan yang dinaungi Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok, Zulfahmi Khairuddin.

“Saya sebenarnya terpaksa mengambil risiko, saya tak ma­hu apa yang terjadi kepada Damok tahun lalu berulang apabila usaha kami untuk mendaftarkan dia dalam kejuaraan dunia tidak kesampaian.

“Jadi, tahun ini saya bertindak pantas mendaftarkan nama Damok kerana tempoh yang diberikan Dorna (pemegang hak siaran MotoGP) amat singkat.

“Soal bajet, saya fkirkan kemudian kerana saya yakin masih ada masa untuk mengumpul dana buat Damok.

“Cuma situasi sekarang untuk mendapatkan sokongan kerajaan agak sukar, jadi jalan terbaik cuba mendapatkan sokongan sektor swasta,” kata­nya semalam.

AKSI Syarifuddin Azman ketika mengharungi sesi latihan bebas pertama Moto3 pada GP Malaysia di Sepang semalam. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Walaupun berdepan kea­daan tidak menentu, Zulfahmi memberi jaminan Damok akan tetap berlumba dalam kejuaraan dunia walau dengan apa cara sekalipun.

“Saya banyak belajar daripada pengalaman sendiri, jadi saya mahukan yang terbaik untuk Damok. Dia akan dihantar ke luar negara dengan dilengkapi pasukan sendiri termasuk pengurusan dan juga mekanik.

“Damok akan ada krewnya sendiri, tidak seperti saya dulu yang berkelana bersendirian di tempat orang. Dalam hal ini, saya telah sediakan laluan untuk Damok, fokus dia hanya kepada perlumbaan,” tegasnya.

Sementara itu, Damok melahirkan rasa gembira kerana diberi peluang beraksi dalam ke­jua­raan dunia.

“Ia impian yang menjadi ke­nyataan apabila dapat me­nyertai kejuaraan dunia bersama pasukan MTHelmets-MSi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Zulfahmi yang bertungkus lumus mencari tempat buat saya pada tahun depan.

“Saya terkejut apabila men­dengar pengumuman ini sebab pada masa itu saya sedang beraksi dalam sesi latihan bebas kedua,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya