Bajet 2023: Sukan negara dapat suntikan RM332 juta

Bajet 2023: Sukan negara dapat suntikan RM332 juta

AARON CHIA-SOH WOOI YIK (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas mengucapkan tahniah kepada Aaron Chia-Soh Wooi Yik kerana muncul pemain badminton pertama Malaysia  bergelar juara dunia, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kemudian mengumumkan peruntukan RM332 juta bagi melaksanakan program latihan serta fasiliti sukan negara pada 2023.

Perkara itu diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, daripada jumlah tersebut, RM145 juta adalah bagi menyelenggara, menaik taraf dan membina kemudahan sukan di seluruh negara.

“Peruntikan RM154 juta pula bagi menjayakan pembangunan ekosistem sukan yang menyeluruh melalui pencarian bakat baharu, program latihan, kelengkapan fasiliti sukan, hinggalah membawa negara ke podium sukan antarabangsa.

“RM20 juta bagi membuka peluang belia terlibat dalam sukan permotoran di platform yang betul melalui pembangunan litar drag serta RM13 juta untuk pembangunan e-sukan.

“Selain itu, potongan cukai bagi mereka yang menyumbang kepada NGO yang terlibat dalam pembangunan sukan peringkat akar umbi,” kata Tengku Zafrul.

Dalam masa sama, atlet paralimpik turut tidak dilupakan selepas kerajaan memperuntukkan RM12 juta yang disediakan khusus untuk pembangunan sukan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Kebajikan atlet akan terus terpelihara dan kerajaan akan menyediakan peruntukan RM5 juta ringgit kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) untuk tahun 2023 dan selanjutnya,” katanya lagi.

Antara lain, RM15 juta diperuntukan untuk memupuk gaya hidup sihat bagi mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit serta RM10 juta bagi meneruskan Hari Sukan Negara dan Jelajah Fit Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN