Baguslah Piala Malaysia tanpa peraturan gol tempat lawan - Dollah

Baguslah Piala Malaysia tanpa peraturan gol tempat lawan – Dollah

DOLLAH Salleh (kanan) dan barisan jurulatih Sri Pahang bersedia memacu pasukan melangkah jauh dalam Piala Malaysia 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masih terluka dengan kekalahan Sri Pahang kepada Kedah pada separuh akhir Piala Malaysia 2019, pe­ngendali Tok Gajah, Datuk Dollah Salleh orang paling gembira apabila Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menukar format pertandingan dengan tiada lagi peraturan gol di tempat lawan diguna pakai tahun ini.

MFL semalam memutuskan, pemenang untuk peringkat kalah mati akan ditentukan menerusi penentuan sepakan pe­nalti sekiranya kedua-dua pasukan masih terikat selepas tamat aksi timbal balik.

Menurut MFL, perubahan itu dibuat selaras dengan peraturan terkini yang dilakukan Konfe­derasi Bola Sepak Asia (AFC) dan badan bola sepak Eropah, UEFA.

“Baguslah perubahan yang dibuat MFL, ini keputusan yang sangat baik kerana saya dari dulu memang tidak gembira dengan peraturan gol di tempat lawan ini yang banyak menimbulkan kekeliruan.

“Masih ingat lagi bagaimana kami kalah dengan Kedah dulu hanya disebabkan jumlah jaringan di tempat lawan, rasa memang sakit hati walaupun atas kertas, angka jaringan adalah sama.

KEKALAHAN kepada Kedah menerusi peraturan gol di tempat lawan pada separuh akhir Piala Malaysia 2019 masih berbekas di hati kebanyakan penyokong Pahang.

“Malah punca Dickson (Nwakaeme) meraikan jaringan tersebut adalah kerana menyangkakan kelebihan jaringan di tempat lawan sudah tidak diambil kira selepas waktu tambahan  seperti mana peraturan ditetapkan AFC namun yang sebaliknya terjadi.

“Satu lagi, jaringan di tempat lawan ini ada kalanya mengganggu psikologi pemain jika mereka dalam situasi ketinggalan ketika beraksi di tempat sendiri yang sedikit sebanyak turut memberikan kesan kepada perancangan jurulatih,” katanya.

Pada separuh akhir Piala ­Malaysia 2019, Pahang diikat 5-5 oleh Kedah di laman sendiri sebelum seri 3-3 di Alor Setar pada perlawanan yang dianggap ‘paling gila’ dalam sejarah kejohanan.

Kedua-dua pasukan terikat 8-8, namun Sang Kenari mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan, keputusan yang sehingga kini meninggalkan kesan mendalam terhadap pemain-pemain Tok Gajah.

JADUAL PIALA MALAYSIA 2022

Ini adalah format pertan­dingan kedua yang ditukar oleh MFL dalam Piala Malaysia kali ini selepas memansuhkan pe­ringkat kumpulan dan memulakan kempen dengan aksi kalah mati melibatkan 16 pasukan.

Saingan Liga Malaysia 2022 akan membuka tirai pada 26 ­Oktober ini.

Bagi ketua jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya, perubahan ini akan memastikan semua pasukan bermain secara terbuka sama ada bermain di tempat sendiri atau lawan.

REZAL ZAMBERY YAHYA

“Situasi ini akan memastikan persaingan selama 180 minit adalah sama rata tanpa perlu memikirkan lagi mencari kelebihan jaringan di laman lawan yang ada kalanya boleh berikan kelebihan kepada pasukan tertentu.

“Sebagai contoh, jika pasukan A itu telah mendapatkan jaringan di tempat lawan pada pertemuan pertama, ada kalanya mereka akan bermain secara bertahan di tempat sendiri pada aksi timbal balik kedua sekali gus menjadikan perlawanan kurang menarik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya