Azroy gementar bersaing dengan pelumba handalan

Azroy gementar bersaing dengan pelumba handalan

AZROY HAKEEM ANUAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pengalaman yang boleh dikatakan sifar di pentas kejuaraan motosikal dunia, Azroy Hakeem Anuar tidak menyembunyikan rasa gementarnya apabila diberi peluang beraksi bersama pelumba-pelumba handalan dalam kelas Moto2 pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2022 yang bermula hari ini.

Beraksi di atas tiket wil card (jemputan), Azroy yang mewakili pasukan Petronas MIE Racing sekadar mencatat keputusan tercorot pada sesi latihan bebas pertama Moto2 yang berlangsung pada sebelah pagi menerusi catatan masa sepusingan 2 minit 11.216 saat (s).

Anak muda itu ketika ditemui pemberita berkata, dia memang berasa gementar apabila diberi peluang kali pertama beraksi dalam perlumbaan berkelas tinggi seperti GP Malaysia.

“Ini pengalaman pertama saya, memang saya gementar sebenarnya, walaupun saya sudah biasa beraksi di Sepang, tetapi bersaing dengan pelumba Eropah bukan mudah.

“Mereka  pelumba berpengalaman, jadi untuk menyesuaikan diri dengan trek di Sepang selepas dua tahun saya rasa tiada masalah buat mereka,” katanya.

Azroy yang bergandingan dengan Kasma Daniel Kasmayuddin dan Khairul Idham Pawi selaku pelumba simpanan tidak meletakkan harapan besar pada perlumbaan sebenar, Ahad ini.

AZROY Hakeem Anuar (kiri), Kasma Daniel Kasmayuddin (tengah), dan Khairul Idham Pawi ketika ditemui di Litar Antarabangsa Sepang semalam dalam persiapan menghadapi MotoGP, Ahad ini. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

“Saya memang tidak sasarkan apa-apa, cuma kalau dapat melengkapkan perlumbaan dalam kelompok 20 terbaik, saya dah bersyukur, itupun jika saya mampu berbuat demikian,” ujarnya.

Azroy memberitahu, dia memang tidak menduga ditawarkan untuk beraksi sebagai pelumba wild card dan peluang tersebut perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kerana ia mungkin hanya datang sekali dalam hidupnya.

Sementara itu, bekas pelumba Moto2 dan Moto3, Khairul Idham atau KIP amat menghargai kesempatan yang diberikan kepadanya untuk kembali beraksi pada kejuaraan dunia.

“Saya berada di sini sebagai pelumba simpanan kepada Kasma dan Azroy, mereka berdua yang terpilih kerana berdasarkan catatan masa pada sesi pemilihan di Sepanyol, baru-baru ini,” katanya.

Walaupun sekadar pelumba simpanan, KIP bersedia berkongsi pengalaman semasa beraksi pada kejuaraan dunia kepada dua rakan sepasukannya itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya