Atlet kacukan dipertimbangkan wakili negara ke Olimpik 2024

Atlet kacukan dipertimbangkan wakili negara ke Olimpik 2024

MOHAMAD NORZA ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet berdarah kacukan yang menetap di luar negara akan dipertimbangkan untuk mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik Paris 2024.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Program ‘Gold Paris 2024’, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Program ‘Gold Paris 2024’, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, ini antara topik yang dibincangkan dalam mesyuarat semalam.

“Jawatankuasa juga akan mengambil pendekatan terbuka dalam kemungkinan mengenalpasti atlet yang berpangkalan di luar negara yang mempunyai pertalian keluarga dan asal usul dari Malaysia yang mempunyai prestasi terkini selaku pesaing di peringkat dunia.

“Kumpulan atlet yang terpilih itu akan disediakan perkhidmatan sokongan terbaik daripada aspek kejurulatihan, program latihan dan pendedahan pertandingan peringkat antarabangsa serta pelbagai perkhidmatan sokongan lainnya termasuklah sokongan sains, teknologi dan perubatan sukan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

BOLA sepak sudah lama menggunakan khidmat pemain kacukan yang berpangkalan di luar negara untuk menggalas cabaran Harimau Malaya.

Sebagai contoh, pemain bola sepak campuran seperti Dion Cools, Brendan Gan, Matthew Davies, Darren Lok dan Corbin Ong telah lama beraksi untuk Harimau Malaya.

Dalam pada itu, jawatankuasa itu juga memutuskan untuk mengetatkan kriteria pemilihan atlet ke temasya sukan terbesar dunia itudengan memberi tumpuan khusus kepada jenis sukan, acara dan atlet yang mampu merealisasikan impian Malaysia memenangi pingat emas Olimpik di Paris 2024.

“Antara kriteria dibincangkan untuk pemilihan atlet menyertai Program ‘Gold Paris 2024’ ialah mereka yang pernah memenangi pingat di Tokyo 2020 dan masih menduduki kelompok ranking 10 terbaik dunia.

“Pencapaian mereka yang memenangi pingat pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia turut menjadi asas pemilihan serta memiliki prestasi terkini yang meyakinkan,” katanya.

Mohamad Norza berkata, perkhidmatan sokongan terbaik seperti kejurulatihan, program latihan dan pendedahan pertandingan peringkat antarabangsa serta bantuan dari segi sains, teknologi dan perubatan sukan akan diberikan kepada kumpulan atlet yang terpilih untuk program itu dalam usaha memburu kejuaraan pertama negara. pingat emas Olimpik.

Majlis Sukan Negara (MSN) juga diminta melihat potensi penggunaan kepakaran teknikal yang boleh menggerakkan program latihan dan khidmat sokongan terbaik termasuk dari segi gaya hidup prestasi bagi memastikan atlet dapat mempamerkan prestasi terbaik dan mempamerkan daya juang yang tinggi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya