Aston Villa pecat Gerrard

Aston Villa pecat Gerrard

STEVEN GERRARD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Era Steven Gerrard bersama Aston Villa berakhir selepas dia dipecat sebagai pengendali pasukan ekoran kekalahan 3-0 di Fulham awal pagi tadi.

Villa bermula hambar dalam Liga Perdana Inggeris musim ini dengan hanya menduduki satu anak tangga di atas zon penyingkiran.

Skuad The Villans hanya menang dua daripada 11 perlawanan liga musim ini dan kekalahan di Craven Cottage menyaksikan Gerrard dipecat kurang dua jam selepas tamat saingan.

Gerrard, 42, yang mengambil alih Villa, 11 bulan lalu belum menang dalam empat aksi terakhir mereka.

 

“Kelab Bola Sepak Aston Villa boleh mengesahkan yang ketua jurulatih Steven Gerrard sudah meninggalkan kami serta merta.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Steven atas usaha dan komitmen serta mengucapkan selamat maju jaya untuk masa depannya,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Villa menduduki tangga ke-14 liga ketika Gerrard mengambil alih pasukan musim lalu selepas tiba dari Rangers, menggantikan Dean Smith.

STEVEN Gerrard diperkenalkan sebagai pengurus baharu Aston Villa, 11 bulan lalu.

Bekas bintang tengah Liverpool dan England itu menjadi harapan Villa untuk melonjakkan mereka ke kedudukan lebih tinggi musim ini, malangnya The Villans bergelut dengan penyingkiran.

Gerrard memenangi gelaran liga Scotland bersama Rangers pada 2021, menamatkan penguasaan Celtic buat sekian lama.

Selepas kekalahan kepada Fulham, Gerrard berkata, dia akan cuba menyelamatkan jawatannya.

“Saya seorang pejuang, saya tidak akan berputus asa sama ada dalam bola sepak atau kehidupan. Saya akan terus berjuang kecuali diberitahu sebaliknya,” katanya.

Begitupun, hanya beberapa minit selepas bercakap kepada media, Villa mengumumkan pemecatannya.

Gerrard hanya memenangi 13 daripada 40 perlawanan bersama Villa, tewas 19 daripadanya.

Ia adalah tamparan hebat terhadap kariernya sebagai pengendali selepas legenda Liverpool itu dikatakan antara calon menggantikan bos Reds sekarang, Jurgen Klopp. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya