Aiman puas balas kepercayaan TSG

Aiman puas balas kepercayaan TSG

NUR Aiman Zhariff meraikan kejayaan mempertahankan gelaran Raja Bukit sejurus tamat perlumbaan Le Tour de Langkawi 2022 di Pekan Kuah, Langkawi semalam. - IHSAN TSG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Daripada seorang yang hanya bercita-cita untuk menjadi pemandu lori, Nur Aiman Zhariff memahat sejarah mempertahankan kejuaraan Raja Bukit, Le Tour de Langkawi (LTdL) sebaik sahaja tamat peringkat terakhir semalam.

Dua tahun lalu, pelumba kelahiran Terengganu itu menjadi anak tempatan pertama memenangi jersi merah sejak sejak edisi pertama pada 1996.

Semalam, dia yang hampir disisihkan oleh TSG sebelum dimasukkan saat akhir, sekali gus mengulangi kejayaan yang pernah dilakar pada edisi 2020 bersama pasukan Sapura Cycling (TSC).

Perlumbaan sejauh 115.9 kilometer (km) mengelilingi Pekan Kuah, Langkawi menyaksikan Aiman berjaya mengumpul keseluruhan 29 mata untuk ditabalkan sebagai Raja Bukit untuk edisi kali ini.

“Syukur Alhamdulillah saya dapat kekal jersi ini buat kali kedua berturut-turut dan mempertahankannya sejak di peringkat kedua sampai terakhir, di mana ketika itu pelbagai halangan perlu ditempuh.

“Saya sangat gembira kerana dapat bertahan walaupun perlumbaan hari ini sengit dan laju sampai habis.

“Saya cuma berjaga-jaga agar pelumba yang hampir mata dengan saya tidak melakukan breakaway, jadi bila semua pelumba ini masih jauh saya berasa lega dan hanya perlu berada dalam keadaan bersedia ketika melengkapkan pusingan.

“Ini satu sejarah pelumba Malaysia berjaya meraih jersi merah dua kali berturut-turut tatkala saingan kali ini sangat bermakna dengan kehadiran enam pasukan Jelajah Dunia tapi saya masih boleh buat sesuatu di laman sendiri,” kata Aiman yang memegang jersi tersebut sejak peringkat kedua dari Kuala Klawang ke Raub.

MUHAMAD Nur Aiman Zariff (tengah) meraikan kejayaan dinobat sebagai Raja Bukit LTdL 2022 sejurus tamat peringkat kelapan dan terakhir mengelilingi Kuah, Langkawi semalam. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Lebih menarik, TSG yang hanya bergantung kepada empat pelumba selepas ketiadaan Harrif Salleh dan Youcef Reguigui turut mendapatkan jersi putih, pelumba Terbaik Asia, menerusi Jambaljamts Sainbayar.

Tuah juga buat pasukan berpengkalan di Pantai Timur itu apabila dinobat sebagai pasukan Terbaik Asia untuk edisi ini.

Juara peringkat kelapan milik pelumba pasukan Burgos-BH, Alex Molenaar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya