Agilan dulu budak gemuk kini petarung MMA

Agilan dulu budak gemuk kini petarung MMA

AGILAN pernah berdepan isu obesiti sebelum bangkit menjadi petarung MMA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIAPA sangka ketika menjengah usia 16 tahun, Agilan Thani adalah seorang remaja yang ‘loser’ dan tidak meletakkan apa-apa harapan pada dirinya.

Mengalami masalah obesiti sehingga berat badannya pernah mencecah 139 kilogram (kg), dia yang membesar Sentul selalu dibuli oleh remaja lain seusianya.

Itu cerita 11 tahun dahulu, tetapi Agilan yang sering menjadi mangsa buli berubah 360 darjah apabila dia kini dikenali sebagai atlet seni bela diri campuran (MMA) digeruni.

Menceritakan pembabitan awalnya dalam sukan MMA, Agilan bermula dengan me­nyertai kelas jiu jitsu di Petaling Jaya dengan harapan awal untuk mengurangkan ­berat badan.

 

AGILAN THANIGASALAM

Gelaran: The Alligator
Tarikh lahir: 18 Ogos 1995
Tempat lahir: Sentul, Kuala Lumpur
Instagram: @agilanthani
Pertarungan terakhir: 22 April 2022 menentang petarung Korea Selatan,
Tae Ho Jin.
Makanan kegemaran:
Nasi lemak, ayam goreng
Penyanyi kegemaran:
Ed Sheeran,
Ariana Grande

Ternyata usahanya itu berbaloi apabila berjaya menghilangkan 10kg dalam masa tiga bulan dan ketika berusia 18 tahun dia menjadi pekerja pembersihan di sebuah gym Monarchy MMA di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

“Saya mula serius dan gigih berlatih muay thai, brazilian jiu jitsu, tinju dan mengamalkan diet sihat.

“Dalam masa enam bulan saya berjaya menurunkan berat badan saya dari 129 kg kepada 93kg.

“Saya ingin bebas berdikari dan menumpukan perhatian pada latihan saya, jadi saya berpindah keluar dari rumah. Walaupun tidak mendapat ‘restu’ da­ri­pada ayah tetapi saya tetap dengan pendirian.

“Selama satu tahun saya tidur di atas tikar latihan di gym. Saya dibayar RM1,000 sebulan, dan selepas itu saya mampu untuk menyewa sendiri di Jalan Ipoh,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Ternyata keputusan untuk keluar dari rumah telah membawanya berjaya dan menjadi antara petarung MMA yang di­segani di Malaysia.

Selain bersaing dalam ­pelbagai kejohanan yang dianjurkan oleh One Championship, sebuah kejohanan MMA di ­Singapura, Agilan juga pernah ke Amerika Syarikat, Thailand, Vietnam dan Thailand untuk berlatih dan mempelbagaikan lagi teknik MMA.

Mendapat julukan The Alligator, Agilan masih belum puas dalam kariernya selaku atlet MMA dengan kejuaraan Dunia menjadi sasaran.

“Lebih banyak kita tewas dalam pertarungan, makin kita belajar, bagi saya kekalahan itu lumrah dan kita perlu mempelajari serta jadikan pengalaman.

“Dari situ kita akan bangkit dan meraih kejayaan. Impian saya mahu bergelar juara dunia yang masih belum digapai,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya