Aaron-Wooi Yik mahu jadi sehebat The Daddies

Aaron-Wooi Yik mahu jadi sehebat The Daddies

AARON CHIA-SOH WOOI YIK (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Juara beregu lelaki dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengidamkan karier mereka bertahan lama seperti legenda badminton Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan yang masih mampu bersaing di peringkat kompetitif biarpun sudah berusia.

Hendra dan Ahsan masing masing berumur 38 dan 35 tahun tampak tidak menghadapi masalah untuk meletakkan diri mereka dalam kalangan beregu elit dunia apabila kini berada di ranking keempat, satu anak tangga mengatasi Aaron-Wooi Yik.

Antara faktor Aaron dan Wooi Yik amat mengagumi pasangan Indonesia itu adalah aksi konsisten yang dipamerkan mereka sejak mula beraksi lebih dua dekad lalu.

“Kami memang menghormati mereka sebab ketika ini dalam acara beregu, mereka paling senior. Walaupun sudah lama beraksi tetapi mereka tetap mampu meraih keputusan konsisten.

“Soal konsisten inilah yang paling penting untuk kami sekarang bagi memenangi lebih banyak kejuaraan selepas ini.

“Mereka juga pernah menasihati kami untuk kekal merendah diri dan bekerja keras,” kata Aaron yang menjawab pertanyaan peminat mengenai siapakah idola mereka ketika sesi Facebook Live menerusi akaun Persatuan Badminton Malaysia (BAM), semalam.

Sebelum aksi penentuan pingat gangsa di Sukan Olimpik Tokyo tahun lalu, Aaron-Wooi Yik kerap tumbang kepada pasangan Indonesia ini.

Bagaimanapun dalam tiga pertemuan terakhir, termasuk dalam Kejohanan Dunia, Ogos lalu Aaron-Wooi Yik sudah menjumpai formula untuk menewaskan Ahsan-Hendra. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya