600 pelatih sertai ujian kenaikan gred tali pinggang

600 pelatih sertai ujian kenaikan gred tali pinggang

SEBAHAGIAN pelatih yang menyertai ujian kenaikan gred tali pinggang anjuran Persatuan Taekwondo Negeri Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 600 orang pelatih dari 20 buah sekolah telah menyertai ujian kenaikan gred tali pinggang anjuran Persatuan Taekwondo Negeri Kelantan (MTA/WTF).

Ketua Jurulatih MTA/WTF, Zakaria Ismail berkata, ujian yang berlangsung pada 30 September hingga 1 Oktober lalu itu melibatkan sekolah di jajahan Tanah Merah, Kuala Krai, machang dan Kota Bharu.

ZAKARIA ISMAIL

Zakaria berkata, ujian kenaikan gred tali pinggang itu buat pertama kali dianjurkan pada tahun ini melibatkan tali pinggang putih kepada kuning, kuning kepada hijau, hijau kepada biru, biru kepada merah dan merah kepada hitam.

“Ujian ini dikendalikan oleh beberapa jurulatih berpengalaman dan telah mendapat kerjasama penuh pihak sekolah. Ia juga sebahagian usaha untuk mengembangkan lagi minat pelajar dan anak-anak terhadap sukan ini.

“Kita percaya, melalui inisiatif sebegini akan dapat memperkenalkan sukan Taekwondo di peringkat sekolah sekali gus menarik minat kepada sukan mempertahankan diri ini.,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zakaria, ujian berkenaan antara lain sebagai usaha untuk mencari bakat-bakat baru untuk diserapkan ke dalam pasukan Kelantan dan kebangsaan pada masa akan datang.

“Ini juga merupakan sebahagian persediaan kita untuk menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) akan datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya