Tunku Ismail, Tengku Amir bincang isu bola sepak

Tunku Ismail, Tengku Amir bincang isu bola sepak

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim (tiga kiri) dan Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (tengah) mengadakan pertemuan di Kuala Lumpur. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC sering diwarnai isu ‘panas’ kebelakangan ini, pertemuan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pastinya menjernihkan kembali hubungan dua gergasi bola sepak tempatan itu.

Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers hari ini berkata, pemilik JDT, Tunku Ismail dan Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah yang juga Pengerusi Selangor FC bertemu bagi membincangkan mengenai cara untuk menambah baik bola sepak Malaysia.

 

“Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan pegawai Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim mengadakan satu perjumpaan dengan delegasi Selangor FC yang diketuai Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor di Kuala Lumpur hari ini.

“Kedua-dua kelab saling berkongsi idea berkaitan cara untuk menambah baik liga Malaysia, pembangunan belia dan bola sepak secara keseluruhan.

“Tujuan perjumpaan ini juga adalah untuk mengeratkan hubungan antara Johor dan Selangor. Luaskan Kuasamu Johor,” kata kenyataan itu.

Tunku Ismail telah melakukan transformasi menakjubkan sejak mengambil alih JDT dengan membawa mereka muncul kelab terbaik Malaysia, malah meluaskan ‘kuasa’ ke peringkat Asia.

Tahun ini, JDT muncul pasukan pertama Malaysia melayakkan diri ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL), malah mereka juga memiliki 20 trofi sejak 2013, termasuk Piala AFC 2015. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN