Tidak perlu guna bahan terlarang untuk juara

Tidak perlu guna bahan terlarang untuk juara

Elly Cassandra Engelbert
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tanpa menggunakan bahan terlarang, atlet angkat berat muda negara, Elly Cassandra Engelbert terus mengekalkan reputasinya dengan meraih pingat emas bagi acara 55 kilogram (kg) wanita.

Dalam acara 55 (kg) wanita akhir yang berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya, sebentar tadi, Elly Cassandra, 22, berjaya mengangkat 76kg bagi acara snatch serta dan 93 kg untuk clean and jerk bagi jumlah angkatan keseluruhan 169kg.

Elly yang juga atlet angkat berat kebangsaan itu mengakui dia terkejut apabila mendapat khabar berita berhubung pengambilan doping dalam kalangan beberapa atlet angkat berat pada temasya kali ini.

“Kalau boleh tolonglah jangan ambil bahan terlarang ini sebab susah untuk sampai ke tahap ini. Lebih baik angkatan kita itu biar ‘bersih’. Jadi, jangan ambil risiko dengan cara yang sangat singkat.

“Bila dengar berkaitan isu (doping) di Sukma mestilah saya terkejut. Kenapa mereka sanggup ambil? Alasan tak perasan dengan pengambilan bahan seperti itu pada saya tidak relevan.

“Tapi saya tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara itu, saya hanya fokus kepada diri saya saja,” katanya.

Perak dimenangi atlet dari Sarawak, Marthini Chan dengan jumlah angkatan keseluruhan seberat 152kg (67kg, 85kg) dan pingat gangsa menjadi milik Alia Adani Johari dari Terengganu selepas merekodkan 141kg (61kg, 80kg).

Mengulas pencapaiannya di Sukma edisi ke-20 ini, dia tidak terlalu yakin mampu mengekalkan pingat emas yang diraih pada 2018.

“Saya puas hati sebab dapat kekalkan pingat emas semasa di Sukma Perak 2018. Saya tidaklah terlalu yakin untuk dapat emas hari ini (semalam), tapi saya tetap cuba yang terbaik.

“Memandangkan ini adalah Sukma terakhir saya, jadi saya berpuas hati dan gembira bila dapat sumbang emas untuk negeri Sabah,” ujar atlet kelahiran Papar, Sabah.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya