Tidak dapat beli tiket, tengok sahaja final Piala FA di TV

Tidak dapat beli tiket, tengok sahaja final Piala FA di TV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas 11 tahun tidak menjejakkan kaki ke Stadium Nasional, Bukit Jalil keterujaan penyokong Terengganu FC untuk menonton final Piala FA, 10 September depan tidak mampu dibendung apabila 39,000 tiket habis hanya enam jam selepas jualan dibuka secara dalam talian kelmarin.

Semalam, skuad Penyu me­ngumumkan tiket yang mula dijual pukul 10 pagi kelmarin sudah habis ‘stok’ kira-kira pukul 4 petang.

Ribuan penyokong dengan puluhan bas dijangka menghangatkan pertemuan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu depan.

Biarpun JDT belum mengumumkan jualan tiket pertemuan final, begitupun Utusan Malaysia difahamkan penjualan berjalan laju dan dijangkakan ‘licin’ dalam masa terdekat.

PENYOKONG skuad Penyu tidak sabar untuk melihat bintang-bintang mereka bertanding dalam final Piala FA.

Ini kali pertama Terengganu beraksi di pentas final Piala FA sejak menumpaskan Kelantan 2-1 untuk muncul juara 2011 di Bukit Jalil.

Selepas dua tahun Piala FA tidak dianjurkan kerana pandemik Covid-19, penyokong jelas tidak sabar menonton perlawanan prestij itu di rumah ‘Harimau Malaya’, apatah lagi lawan mereka adalah pasukan terbaik Malaysia, JDT.

Kali terakhir Terengganu melangkah ke pentas besar adalah dalam final Piala Malaysia 2018, di mana mereka kalah menerusi penentuan sepakan ­pe­nalti kepada Perak.

Begitupun perlawanan ketika itu berlangsung di Stadium Shah Alam.

BERDEPAN skuad yang dibarisi pemain bertaraf bintang, JDT membangkitkan lagi keterujaan penyokong Terengganu.

“Dimaklumkan oleh pihak Tickethotline sebentar tadi ke­semua tiket bagi GA50, GA70, PG150 dan VIPG200 untuk penyokong Terengganu FC telah habis terjual.

“Terima kasih buat seluruh penyokong yang diberitakan ­telah berada dalam virtual queue sejak awal pagi untuk melakukan pembelian,” kata Terengganu FC dalam satu kenyataan kelmarin.

Liga Bola Sepak Malaysia memperuntukkan 78,000 tiket untuk final ­Piala FA, di mana Terengganu dan JDT masing-masing ­menerima 39,000.

AKTIVITI sampingan disediakan oleh penganjur untuk menyemarakkan lagi final Piala FA.

Jumlah penonton kali ini hampir sekali ganda berban­ding final Piala Malaysia di antara JDT dan Kuala Lumpur City di Bukit Jalil tahun lalu.

Biarpun perlawanan berlangsung di stadium sama, namun ketika itu ia hanya diadakan di depan 40,000 penonton gara-gara kekangan kemasukan akibat Covid-19.

Penyokong Terengganu FC yang belum mendapatkan tiket final Piala FA tetapi berminat untuk menonton perlawanan di stadium boleh melupakan hasrat tersebut, dan tonton sahaja di depan televisyen (TV).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya