Tiada penyesalan tarik diri Sukan Komanwel - Zii Jia

Tiada penyesalan tarik diri Sukan Komanwel – Zii Jia

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lee Zii Jia dia tidak pernah menyesali keputusannya menarik diri daripada Sukan Komanwel Birmingham bulan lalu biarpun ia mencetuskan konflik dengan beberapa pemegang taruh sukan tempatan seperti Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Juara Asia itu menegaskan, dia masih patriotik dan sedia untuk mewakili Malaysia, bagaimanapun kecederaan menghalang dirinya berbuat demikian.

Zii Jia, yang juga pemain No. 4 dunia juga akur apabila ramai pihak seakan gembira apabila langkahnya terhenti awal pada Kejohanan Dunia di Tokyo bulan lalu selepas tumbang kepada pemain China, Zhao Jun Peng.

“Pertama sekali, apa keputusan yang saya buat (tarik diri Sukan Komanwel), saya tidak pernah kesal dan mereka masih mampu menampilkan prestasi terbaik walaupun tanpa kehadiran saya di sana.

Semua orang boleh lihat, ketiadaan saya tidak beri kesan dan bukanlah isu besar. Tambahan pula saya mengalami kecederaan ketika itu dan tidak ada pilihan lain, kalau boleh memang saya mahu beraksi di Sukan Komanwel.

 

MALAYSIA merampas kembali pingat emas berpasukan campuran dalam Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, Ogos lalu. – AFP

“Saya akui ada rasa sedikit kecewa memandangkan saya meletakkan harapan yang tinggi di Kejohanan Dunia, saya anggap ia sebahagian daripada proses, jadi saya akur dan cuba untuk melupakan kekalahan itu.

“Saya rasa ini semua adalah pengalaman dan perlu belajar daripada kesilapan ini,” jelas Zii Jia yang ditemui pihak media ketika sesi latihannya semalam di ibu kota.

Dalam masa sama, Zii Jia tidak menolak untuk kembali bekerjasama dengan BAM apabila badan induk itu sedang dalam perincian akhir untuk memanggil semula barisan pemain profesional berlatih di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara.

LEE Zii Jia terjatuh ketika cuba membalas pukulan Zhao Jun Peng dari China pada pusingan ketiga Kejohanan Dunia di Tokyo. – AFP

Zii Jia sebelum ini mengejutkan arena badminton antarabangsa apabila mengumumkan untuk menarik diri dari skuad kebangsaan pada Januari lalu sehingga ia menimbulkan situasi tegang dengan pihak BAM yang menyaksikan kepimpinan tertinggi negara terpaksa campur tangan.

“Saya rasa ia perkara yang bagus untuk kami semua, dan saya fikir kami kena lihat dahulu apa yang boleh pihak kami dan BAM boleh bekerjasama.

“Setakat ini saya masih belum mengetahui perinciannya, tetapi kita tunggu dan lihat,” jelas Zii Jia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya