Teong Kim tidak janji bulan bintang

Teong Kim tidak janji bulan bintang

LIM TEONG KIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ketua jurulatih baharu Perak FC, Lim Teong Kim tidak menjanjikan ‘ bulan dan bintang ‘ kepada pasukan itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), musim hadapan.

Sebaliknya, pengendali berusia 59 tahun itu menjelaskan barisan kejurulatihan yang baharu akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik ke arah itu.

“Buat masa ini kita masih meneliti dan mengenalpasti pemain sedia ada untuk siangan musim depan namun, kita akan tetap berusaha memberikan yang terbaik dalam usaha ke arah itu.

“Falsafah di Perak FC kini kita mahu memberi peluang kepada pemain tempatan untuk membarisi pasukan Perak namun pada masa sama kita perlukan pemain import untuk seimbangkan pasukan untuk menambah mutu permainan pasukan,” katanya ketika ditemui pada Sesi Temubual Bersama Pegawai Pengurusan Perak FC di Stadium Perak, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi, CEO Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin, Yusri Che Lah dan Pegawai Sukan, Ahmad Shahrul Azhar Soffian.

Teong Kim menggantikan Yusri Che Lah mulai esok selaku ketua jurulatih. Yusri pula akan mula mengendalikan pasukan B-23 Perak.

Teong Kim adalah Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) pada 2013 sebelum memegang jawatan sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) pada 2016.

Namun, tugasnya sebagai Pengarah Teknikal NFDP ditamatkan susulan kegagalan skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan layak ke Piala Dunia B-17 2019 sebelum kontraknya selaku Pengarah AMD tidak sambung.

Jurulatih itu berkata dia akan berusaha meletakkan Perak di kedudukan yang terhormat dalam kancah Liga M nanti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya