Tanpa Faizal, tiada masalah - Arul

Tanpa Faizal, tiada masalah – Arul

FAIZAL SAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pengendali skuad hoki negara, Arul Selvaraj menegaskan, ketiadaan bintang penyerang, Faizal Saari dalam senarai 22 pemain ke Jelajah Eropah tidak akan memberi masalah kepada Speedy Tigers.

Katanya, beliau sendiri ‘melepaskan’ penyerang Terengganu untuk daripada tugasan bagi membolehkannya memberi komitmen kepada ZSV Schaerweijde, kelab Belanda yang beraksi dalam liga divisyen satu negara itu, Hoofdklasse.

Kata Arul, tanpa Faizal, Malaysia mempunyai tujuh lagi penyerang yang mampu menggalas tugas meledak gol.

Shahril Saabah, Norsyafiq Sumantri, Shello Silverius, Ramadan Rosli, Azrai Aizad Abu Kamal serta muka baharu, Tengku Nasrul Ikmal Hakimie Tengku Abd. Rahim dan Najib Abu Hassan mengetuai senarai tersebut.

PASUKAN hoki negara ketika berlepas ke Belgium untuk Siri Perlawanan Persahabatan, Jelajah Belgium, Jumaat lalu. – IHSAN MHC

“Saya tak risau sebab saya yang benarkan dia (Faizal) bermain di Belanda sekarang untuk kebaikan dirinya.

“Kami ada ramai pemain muda berbakat besar dan mempunyai kadar beban kerja yang tinggi. Mereka tahu apa yang dikehendaki daripada pasukan dalam diri mereka,” kata Arul.

Skuad negara akan berdepan ‘Belgium A’ esok, diikuti aksi sebenar menentang pasukan ranking kedua dunia, Belgium pada Rabu sebelum dua perlawanan dengan Perancis pada 4 dan 6 Oktober ini.

ARUL SELVARAJ

Siri Jelajah Eropah antara persediaan Speedy Tigers sebelum menghadapi Piala ­Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India pada Januari tahun depan.

Selepas pulang dari Eropah, skuad negara akan menyertai Piala Sultan Azlan Shah 2022 di Ipoh, Perak (1 November) sebelum ke Afrika Selatan untuk Piala Negara-Negara FIH dari 28 November hingga 6 Disember depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN