'Tahniah JDT, sayangnya pemain JDT tak pandai cakap Johor'

‘Tahniah JDT, sayangnya pemain JDT tak pandai cakap Johor’

HANTARAN Muhammad Sanusi Md. Nor dalam Facebook hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengucapkan tahniah kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan merangkul Piala FA selepas menewaskan Terengganu FC 3-1, namun pesanan yang ditinggalkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) itu mencuri perhatian ramai.

Dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini, Menteri Besar Kedah itu memuat naik video bermain viola tetapi sempat menyindir Harimau Selatan kerana diperkuatkan oleh sebahagian besar pemain import serta naturalisasi pada perlawanan itu.

HANTARAN Muhammad Sanusi Md. Nor dalam Facebook hari ini.

“Tahniah JDT menang Piala FA semalam..sayangnya pemain JDT tak pandai cakap Johor,” kata Sanusi.

Hantaran itu menarik lebih 11,000 tanda suka dan 4,000 komen, ada yang turut sama menyindir JDT, manakala sebahagian lagi mengecam Sanusi.

Sebelum perlawanan berlangsung, Sanusi mencetuskan suasana ‘panas’ apabila mengumumkan dia menyokong Terengganu FC untuk menjuarai Piala FA 2022 kerana isterinya berasal dari Terengganu.

IHSAN- Instagram Forestieri

Tidak lama selepas merangkul kejuaraan, penyerang JDT, Fernando Forestieri menghangatkan lagi keadaan apabila menghadiahkan trofi kepada Sanusi,

Bekas penyerang Udinese itu menyindir Sanusi dengan mengucapkan terima kasih atas ‘sokongan’ yang diberikan sekali gus menyaksikan skuad Harimau Selatan berjaya menjulang Piala FA buat kali kedua.

“Ini untuk rakan saya @muhammadsanusimdnor_official. Terima kasih atas sokongan anda, nikmati piala ini,” tulisnya di Instagram Story dengan berkongsi poster JDT bersama Piala FA. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya