Sukma 2024 di Kuala Lumpur ?

Sukma 2024 di Kuala Lumpur ?

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak menolak kemungkinan Sukan Malaysia (Sukma) 2024 akan diadakan di Kuala Lumpur dengan Majlis Sukan Negara (MSN) sekali lagi menjadi selaku tuan rumah.

Edisi 2022 yang sedang berlangsung ketika ini menyaksikan MSN bertindak selaku tuan rumah dengan beberapa pembabitan beberapa venue di sekitar Lembah Klang selain Nilai, Negeri Sembilan dan Langkawi, Kedah.

“Mungkin MSN akan putuskan untuk diadakan juga di Kuala Lumpur atau di negeri yang kita fikir mahu bekerjasama menganjurkannya.

“Tidak menjadi tanya kerana kita memang sudah ada keputusan yang belum kita umumkan,” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika ditanya mengenai tuan rumah Sukma 2024.

Menurut Ahmad Faizal, hak penganjuran Sukma adalah kepada Kerajaan Persekutuan ataupun melalui MSN dan ia tetap akan diadakan setiap dua tahun sekali.

“Sebelum ini, pihak MSN bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk menganjurkannya. Hasil daripada itu, negeri-negeri yang menyambut hak menjadi tuan rumah…Kerajaan Pusat telah membina fasiliti bertaraf antarabangsa.

“Alhamdulillah, hasil itu kita dapati hanya Kelantan belum dapat hak menjadi tuan rumah dan kini mereka akan menjadi tuan rumah pada 2026.

“Kerajaan Persekutuan sedang berusaha menyiapkan fasiliti sukan seperti stadium besar di Bukit Merbau (Pasir Puteh) dan sekitar bandaraya Kota Bharu.

“Ini akan merancakkan aktiviti sukan di negeri berkenaan,” jelasnya.

Tegasnya lagi, ke mana kita nak bawa Sukma ini tidak penting, kerana fasilitasi hampir siap seluruh negara yang penting Sukma akan diadakan dua tahun sekali.

Sebelum ini, Johor dilaporkan berminat bagi menjadi tuan rumah Sukma 2024 selepas terpaksa menangguhkan penganjurannya dan mengembalikan hak penganjuran kepada MSN untuk edisi 2020 berikutan pandemik Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya