Stadium Shah Alam sah akan diroboh

Stadium lebih canggih ganti Stadium Shah Alam

CADANGAN reka bentuk Kompleks Sukan Shah Alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Stadium yang menjadi lambang kemegahan pasukan bola sepak Selangor, Stadium Shah Alam sah akan dirobohkan dan bakal digantikan dengan stadium baharu yang dijangka siap menjelang 2026.

Ketua pegawai eksekutif (CEO) Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), Norita Mohd. Sidek jelaskan bukan sahaja Stadium Shah Alam, malah keseluruhan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) di tapak seluas lebih 200 ekar itu turut akan dirobohkan dan dibangunkan semula.

Tambahnya lagi, Stadium Shah Alam bakal mengalami transformasi apabila menjadi stadium serbaguna yang lengkap dengan segala kemudahan sukan, riadah dan aktiviti komersial.

“Kita sudah serahkan reka bentuk konsep awal kepada kerajaan negeri, yang dijangka diluluskan tahun ini.

“Begitupun, kita akan membuka ruang kepada orang ramai untuk memberi maklum balas dan mengemukakan cadangan. Orang ramai boleh mula memberi maklum balas bermula minggu hadapan,” jelas Norita ketika Majlis Taklimat Pengarang Pembangunan KSSA di Hotel Concorde, Shah Alam hari ini.

Di pihak pemaju, Pengarah urusan Kumpulan MRCB, Mohd. Imran Salim menjelaskan konsep pelbagai guna itu bertujuan untuk menjana pendapatan, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan bagi menanggung kos penyelenggaraan.

Sebelum ini dilaporkan bahawa kos untuk membaik pulih stadium berkenaan dianggarkan sekitar RM787 juta.

Turut sama isu yang diberikan perhatian oleh pihak pemaju adalah kejadian banjir yang kerap melanda kawasan sekitar Shah Alam.

“Stadium Shah Alam sendiri berada di kawasan paling rendah, jadi konsep pembangunan semula ini membabitkan kawasan padang yang akan diangkat lebih tinggi.

“Paling utama, pembinaan semula KSSA ini mengambil kira pembangunan fasiliti sukan dengan penjaanaan pendapatan.

“Malah stadium itu nanti akan mempunyai tiga jenis padang yang boleh ditukar mengikut kesesuaian acara, baik padang rumput, padang sintetik mahupun penggunaan lantai konkrit untuk tujuan lain seperti penganjuran konsert.

“Bagaimanapun, keutamaan stadium ini adalah untuk bola sepak, kepelbagaiannya adalah demi menjana pendapatan,” jelas Imran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya