Selangor kecewakan Sabah depan ribuan penonton di Likas

Selangor kecewakan Sabah depan ribuan penonton di Likas

KAPTEN Selangor, Brendan Gan meraikan jaringan kedua pasukannya ketika menentang Sabah di Stadium Likas, malam ini. - IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sabah FC boleh melupakan hasrat untuk merebut gelaran kejuaraan Liga Super musim ini selepas tewas 3-2 di tangan Selangor FC pada aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Kekalahan ini juga menjejaskan peluang skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee terus mempertahankan kedudukan  tangga kedua dengan pencabar terdekat, Negeri Sembilan terus menghambat.

Sang Badak ketinggalan pada minit ke-24 hasil sepakan menarik dari luar kotak penalti dari pemain Selangor, Mukhairi Ajmal yang berjaya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Selang seminit kemudian serangan balas yang dijelmakan pelawat berjaya menghukum tuan rumah dan kali ini giliran ketua pasukan Brendan Gan menggandakan kelebihan dua gol didepan.

Ketinggalan dua gol nyata tidak mematahkan pemain Sabah yang terus memburu gol dan terhasil menerusi sepakan percuma Baddrol Bakhtiar pada minit ke-30.

Gol tersebut nyata menaikkan semangat Sabah untuk memburu gol penyamaan dan menjadi kenyataan menerusi pemain import, Jose Embalo di hujung babak pertama.

Tonggak import Selangor, Hein Htet Aung memastikan tiga mata milik pelawat selepas menjaringkan gol ketiga ketika perlawanan berbaki 14 minit untuk ditamatkan.

Kekalahan ini menyaksikan Sabah gagal merapatkan jurang enam mata dengan JDT yang mengutip 42 mata dan masih memiliki dua baki perlawanan.

Bagi Selangor pula ini adalah kemenangan pertama di bawah kendalian Mohd. Nidzam Jamil selepas mengambil alih peranan selaku ketua jurulatih sementara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya