Perak tuan rumah akuatik, boling MSSM

Perak tuan rumah akuatik, boling MSSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak menjadi tuan rumah acara akuatik dan boling kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSSM) 2022 yang bermula esok.

Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pelajaran Perak (KPP UPBM), Mohamad Sayuti Abas berkata, seramai lebih 705 atlet dan pegawai akan berkampung d Ipoh sehingga Rabu ini.

Katanya, sebanyak 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam kedua-dua acara itu.

Acara akuatik akan di adakan di Kompleks Renang Tuanku Zara, manakala acara boling di Ampang Super Bowl.

Menurut Sayuti, segala persiapan sudah dibuat bagi menganjurkan dua Kejohanan besar itu.

“Ipoh mengalu-alukan kedatangan atlet dari seluruh pelosok negara.

“Semuga mereka selesa berada di Ipoh,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya