Perak FC tutup kempen Liga Perdana dengan satu mata

Perak FC tutup kempen Liga Perdana dengan satu mata

PEMAIN Perak FC, Mohammad Farid Khazali (kanan) menghalang pemain Kuching City FC, Abu Kamara dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Perak, Ipoh malam ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC menutup tirai Liga Perdana 2022 dengan mengutip satu mata apabila seri 1-1 dengan Kuching City FC di Stadium Perak, sebentar tadi.

Walaupun keputusan itu tidak memberi sebarang makna buat Perak FC tetapi ia pasti bermakna buat Yusri Che Lah dalam perlawanan terakhirnya bersama The Bos Gaurus.

Perak akan dibimbing oleh Lim Teong Kim musim depan, manakala Yusri mengendalikan skuad bawah 23 tahun (B-23).

Kehadiran 16,758 penyokong yang mendapat pas masuk percuma menyemarak suasana perlawanan.

Tindakan pemilik Perak FC, XOX Berhad memberikan tiket percuma nyata berjaya meniup semangat juang pemain skuad Yob dalam perlawanan penutup tirai musim ini.

Perak yang mendapat sokongan padu berjaya memberi saingan kepada lawan di setiap bahagian.

Bagaimanapun kealpaan benteng menyaksikan kubu Perak dibolosi lawan apabila Sunday Kolawole tertanduk ke dalam gol sendiri ketika berkejaran bola bersama Abu Kamara pada minit ke-16.

YUSRI CHE LAH

Kedua-dua pasukan terus berusaha mencari gol tetapi kekentalan benteng berjaya menyekat kemaraan lawan .

Skrip babak kedua tidak banyak berubah dengan kedua-dua pasukan menggandakan usaha dalam usaha mencari gol.

Kemasukan Indra Putra Mahayuddin, Wan Zack Haikal Wan Nor meningkatkan sengat serangan tuan rumah.

Tuan rumah mendapat peluang terbaik menjaring gol tetapi tandukan Luciano Guaycochea ditepis penjaga gol, Shaiful Wazizi Mohammad pada minit ke-64.

Usaha mereka akhirnya berjaya apabila Luciano melencung bola melepasi jangkauan Wazizi pada minit ke-86 untul gol penyamaan Perak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya