Perak FC tidak tunduk tekanan ganti Yusri

Perak FC tidak tunduk tekanan ganti Yusri

YUSRI Che Lah (depan, kiri) meneruskan tugasnya sebagai pengendali Perak FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: “Bagi habis musim ini, kita buat lain musim hadapan”.

Itu penegasan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin berikutan desakan peminat supaya menggantikan ketua jurulatih, Yusri Che Lah.

“Kami tahu apa yang perlu dilakukan, penyokong tidak perlu bimbang,” kata Bobie Farid.

Beliau mengulas desakan penyokong pasukan Bos Gaurus yang mahu pemilik ­Perak FC, XOX Berhad bertindak segera menggantikan Yusri berikutan kegagalannya membawa kejayaan ketika mengendalikan pasukan.

Berikutan itu timbul spekulasi mengaitkan kedatangan jurulatih baharu seperti Tan Cheng Hoe ke Perak.

Terbaharu nama Lim Teong Kim dikatakan akan datang ke Perak musim hadapan.

Bagaimanapun tiada sebarang pengesahan daripada Perak FC mengenai perkara itu.

Perak kini menduduki tangga tercorot Liga Perdana iaitu di bawah pasukan pembangunan Projek FAM-MSN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya