Penyu bermain dengan tenang

Penyu bermain dengan tenang

(Dari KIRI): Jurulatih dan kapten JDT, Hector Bidoglio serta Farizal Marlias bersama pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain dan ketua pasukan Penyu, Tcheche Kipre memegang trofi Piala FA yang bakal menjadi rebutan dalam sidang akhbar di Bukit Jalil semalam. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Turun de­ngan status underdog dan faktor bahawa Terengganu sudah 11 tahun tidak menjulang Piala FA meletakkan skuad Penyu dalam ‘mode’ lebih tenang berbanding Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menjadi pilihan hampir sebahagian besar pemerhati bola sepak tempatan.

Berdepan lawan yang lengkap serba serbi dan sudah bermain hingga ke peringkat Asia tidak memberi tekanan kepada Terengganu kerana sasaran awal mereka untuk melayakan diri ke pentas akhir sebenarnya sudah tercapai.

“Saya tak rasa tekanan tinggi sebab apa yang kita sasarkan untuk ke final sudah tercapai, jadi separuh beban sudah hilang.

“Sebenarnya kami lebih tertekan untuk melangkah ke final. Ketika pusingan pertama kita berdepan Negeri Sembilan, kemudian Kedah dan Selangor.

BIARPUN masih ‘mentah’ dalam arena kejurulatihan, namun Nafuzi Zain bijak membuat pencaturan taktikal.

“Esok, kita akan bermain untuk merebut trofi. Pemain kena bagi yang terbaik, nikmati perlawanan akhir dan saya sendiri pun tiada tekanan,” kata Ketua Jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain dalam sidang akhbar di Bukit Jalil semalam.

Pernah memenangi Piala FA ketika bergelar pemain bersama Terengganu pada 2000 dan Kedah (2007), Nafuzi berharap dia akan membawa pulang trofi berprestij itu sebagai jurulatih.

“Kalau menang sebagai jurulatih, ia akan lebih bermakna, apatah lagi saya masih muda dan banyak lagi yang perlu dipelajari.

“Setiap jurulatih perlukan piala untuk membuktikan anda sebagai jurulatih terbaik,” kata pengendali berusia berusia 43 tahun itu.

JDT TIDAK KEBAL

PEMAIN Terengganu FC menjalani latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin dalam persiapan menghadapi JDT malam ini. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Sementara itu, bintang penyerang Terengganu, Tchetche Kipre menegaskan, benteng JDT bukanlah terlalu kebal sehingga tidak boleh dibolosi.

“Mereka memiliki pertahanan yang baik dan tidak melepaskan banyak gol tetapi kita bercakap tentang final. Kami tetap berpeluang, ia 50-50.

“Paling penting dalam perlawanan akhir, kena klinikal depan gawang, bermain sdebagai satu pasukan, bukan individu. Kita cuba pecahkan benteng mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya