Pasir Pekan FC juara PSP 2022

Pasir Pekan FC juara PSP 2022

Pasir Pekan FC juara edisi pertama Kejohanan Piala Sultan Pahang (PSP) 2022 di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pasir Pekan FC dari Kelantan muncul juara Kejohanan Piala Sultan Pahang (PSP) 2022 edisi pertama selepas menewaskan Semantan FC, 2-1 pada aksi final di Stadium Darul Makmur, hari ini.

Kemenangan itu hasil jaringan penalti yang disempurnakan oleh Wan Ahmad Shakir Adli Wan Afendi pada minit ke-42 dan jaringan padang melalui bekas pemain kebangsaan, Piya atau Mohd. Bakri Radhi minit akhir separuh masa kedua.

Piya yang memakai jersi nombor 39 turut diistiharkan sebagai permain terbaik perlawanan akhir.

Tuan rumah memperolehi gol saguhati melalui Mohd. Rizuwan Hakim Rozali tiga minit sebelum separuh masa kedua berakhir.

Penyampaian hadiah kemenangan PSP 2022 disempurnakan oleh Yang Dipertuan Agong, Al Sultan Abdullah Riayatudin Al Mustaffa Billah Shah.

AL SULTAN ABDULLAH Riayatudin Al Mustaffa Billah Shah (tengah) berkenan mencemar duli bergambar bersama pasukan Semantan FC di pekarangan Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Lapan kelab menyertai Kejohanan PSP 2022 edisi pertama bermula hingga 3 September.

Kejohanan kalah mati itu dianjurkan sempena memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Al Sultan Abdullah.

Lapan pasukan yang mengesahkan penyertaan ialah empat dari negeri ini iaitu Alam Mahkota, Jerantut FC, Semantan Troopers dan Yayasan Pahang Maintenance.

Pasukan lain adalah Cyberjaya Teleflow dari Selangor, KRU FC (Kuala Lumpur), FC Kerteh (Terengganu) dan Pasir Pekan FC (Kelantan).

Venue yang terbabit adalah padang sintetik Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan padang MBK 2 di Kuantan, padang Majlis Daerah Pekan (MDP), Pekan dan Stadium Tun Abdul Razak di Jengka, Maran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya