MSN nafi tak ikut standard jadual olahraga

MSN nafi tak ikut standard jadual olahraga

Sukma 2022
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penganjur Sukan Malaysia (Sukma) 2022 iaitu Majlis Sukan Negara (MSN) menafikan pihaknya tidak mematuhi amalan standard dalam pengendalian jadual sukan olahraga di temasya ini.

Ia susulan beberapa negeri meluahkan rasa tidak puas hati sepanjang acara olahraga dipertandingkan pada temasya ini, sehingga menyebabkan beberapa atlet negeri masing masing cedera kerana tidak mendapat rehat yang secukupnya.

Begitupun MSN tegaskan kesemua jadual acara sukan olahraga telah dibuat secara bersama dengan badan induk, Kestuan Olahraga Malaysia (KOM) dengan setiap acara telah dimaklumkan lebih awal kepada pasukan bertanding.

“Jadual acara-acara telah dimaklumkan lebih awal kepada setiap pasukan yang mempunyai masa mencukupi untuk menyusun penyertaan atlet masing-masing mengambil kira faktor prestasi serta jarak masa rehat.

“Masalah kecederaan yang dilaporkan berkemungkinan berpunca daripada tindakan segelintir negeri menyenaraikan seseorang atlet dalam banyak acara tanpa mengambil kira tempoh rehat mencukupi buat mereka.

“Penjelasan ini bertujuan memperbetulkan dakwaan ketua jurulatih Terengganu, Zaki Sadri yang mendakwa penjadualan acara dibuat tanpa merujuk kepada pihak berpengalaman.

“Beliau seharusnya tahu sukan bertemasya seperti Sukan SEA dan Sukan Asia, acara-acara olahraga juga dilangsungkan pada sesi pagi selain sesi petang dan sesi sebelah malam,” jelas pihak jawatankuasa media dan publisiti Sukma dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tadi.

Pihak penganjur juga menafikan dakwaan jurulatih jalan kaki Kuala Lumpur, V.Subramaniam yang yang menyalahkan pegawai pertandingan atas dakwaan atlet terpaksa menghabiskan jarak tambahan 400 meter dalam acara jalan kaki 5,000 meter wanita adalah tidak benar selepas siasatan lanjut dijalankan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya