Miller takluk Grand Prix Jepun

Miller takluk Grand Prix Jepun

PELUMBA Ducati, Jack Miller meraikan kemenangannya pada Grand Prix Jepun di Motegi hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOTEGI, Jepun: Pelumba Australia, Jack Miller melakar kemenangan dramatik pada Grand Prix Motosikal Jepun yang kembali diadakan sejak 2019 dalam perlumbaan yang pasti mahu dilupakan para pencabarnya.

Penunggang Ducati itu mengejar dari petak ketujuh untuk meraih kemenangan MotoGP keempatnya dengan mengetepikan pelumba Afrika Selatan, Brad Binder di tempat kedua. Jorge Martin dari Sepanyol di tempat ketiga.

Penyandang juara dunia dan pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo yang menunggang Yamaha berada di tempat terbaik, melebarkan kelebihannya kepada 18 mata dengan baki empat perlumbaan.

Begitupun pencabar utama utama Quartararo, Francesco Bagnaia mengalami mimpi ngeri apabila kemalangan pada pusingan terakhir ketika cuba memintas pemain Perancis itu.

Aleix Espargaro juga semakin ketinggalan dalam pemburuan kejuaraan dunia selepas mengalami masalah mekanikal sebelum perlumbaan bermula. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya