Litar Singapura mencabar, istimewa - Albon

Litar Singapura mencabar, istimewa – Albon

LITAR jalanan Singapura amat mencabar dan membuatkan Alex Albon terasa dekat dengan Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pemandu Formula Satu (F1) Williams, Alex Albon teruja untuk berlumba pada Grand Prix (GP) Singapura hujung minggu ini.
Katanya, litar itu antara yang pa­ling mencabar dan membuat dirinya terasa dekat ­de­ngan negaranya, Thailand.

Albon sebelum ini mengalami kegagalan pernafasan pada GP Itali di Litar Monza, 11 September lalu yang berpunca daripada pembedahan apendisitis (abdomen).

Dia bagaimanapun telah pulih untuk berlumba di Singapura.

“Persiapan menghadapi perlumbaan di Singapura sedikit berbeza daripada biasa. Saya berusaha keras untuk proses pemulihan dan kini lebih baik.

“Litar di sini sangat menarik dan tidak sabar untuk kembali menguji jentera pada Jumaat.

ALEX ALBON 

“Ia adalah litar jalanan yang bagus dan paling dekat de­ngan rumah saya Thailand. Jadi saya sangat gembira berada di sini dan tidak sabar untuk berlumba,” katanya.

Perlumbaan terakhir GP Singapura 2019 menyaksikan kemenangan diraih pelumba Ferrari, Sebastian Vettel namun dua tahun seterusnya ia tidak dianjurkan di negara tersebut ekoran pandemik Covid-19.

Begitupun tahun ini perlumbaan termahal itu kembali diadakan semula di litar terbabit.

Max Verstappen semakin hampir meraih gelaran dunia keduanya selepas mengumpul 335 mata meninggalkan pencabar terdekatnya Charles Leclerc di kedudukan kedua (219). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya