Kes doping Sukma: Skrip lama berulang lagi

Kes doping Sukma: Skrip lama berulang lagi

KERATAN akhbar Utusan Malaysia 21 September 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sudah berbuih mulut rasanya, hendak kata tidak beri nasihat, semuanya sudah tetapi atlet angkat berat masih lagi terpalit dengan masalah lama iaitu isu kegagalan doping.

Apabila diajukan persoalan mengapa positif, jawapannya tetap ‘klise’ kerana tidak tahu ubat yang diambil mengandungi dadah terlarang yang digariskan oleh Agensi Anti Dadah Dunia (WADA).

Dalam kes terbaharu membabitkan tiga atlet angkat berat Sukan Malaysia (Sukma) 2022, Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Terengganu (PBBABT) mendedahkan, atlet mereka mengambil ubat asma dan tahan sakit yang tanpa disedari ubat me­ngandungi bahan terlarang.

Presiden PBBABT, Mohd. Shafaruddin Mustaffa berkata, salah seorang atlet terbabit doping mengambil ubat asma ketika menyertai latihan di Cameron Highlands selama dua minggu.

“Sewaktu berlatih di sana atlet berkenaan diserang lelah, jadi dia diberi makan ubat yang dapat membantu meluaskan saluran pernafasannya.

“Seorang atlet lagi mengalami kecederaan bahu dan mengambil ubat tahan sakit. Mereka membeli ubat farmasi, tanpa menyedari bahan terlarang terdapat dalam ubat berkenaan,” katanya.

GARA-gara penarikan diri PABM daripada Sukma kali ini, pingat kebangsaan yang dicipta atlet Terengganu, Nurul Afiqah Muhammad Zamzuri ketika memenangi acara 45 kilogram wanita tidak dikira. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Kelmarin, Agensi Anti Dadah Malaysia (Adamas) mengumumkan, tiga atlet didapati menggunakan bahan terlarang Metandienone, Tebutaline dan Oxymetholone.

Satu kes membabitkan atlet Perlis dan dua kes dari Terengganu.

Ketiga-tiga atlet itu digugurkan penyertaan mereka dari Sukma yang sedang rancak berlangsung dengan angkat berat membuka tirai pertandingan, semalam.

Menurut Mohd. Shafaruddin, pihaknya menyedari ubat-ubatan yang diambil atlet bernaung di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) perlu dirujuk kepada Institut Sukan Negara (ISN).

“Tetapi dalam kes yang me­nimpa atlet kami ini, satu kes kecemasan dan ia berlaku di luar kawasan,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau berharap, atlet angkat berat Terengganu yang tidak terlibat doping dibenarkan men­yertai Sukma, walaupun, Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) melarang kesemua atlet dari negeri terlibat doping menyertai Sukma.

“MSN (Majlis Sukan Negara) lebih bertimbang rasa dalam hal ini, atlet yang negatif dibenarkan bertan­ding.

“Janganlah sebabkan ­nyamuk, habis kelambu hendak di bakar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya