Kelantan United, Kelantan FC tidak akan bergabung

Kelantan United, Kelantan FC tidak akan bergabung

KELANTAN United berdepan tunggakan gaji sejak Ogos lalu.- IHSAN KELANTAN UNITED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) menegaskan pasukan itu akan bergerak ‘solo’ dalam saingan Liga Super musim hadapan.

Kenyataan itu sekali gus menafikan dakwaan pasukan tersebut akan membentuk gabungan bersama Kelantan FC bagi mengharungi saingan Liga Super 2023.

Bercakap kepada Utusan Malaysia Ketua Pegawai Operasi Kelantan United Wan Zul Ikman Wan Ab. Aziz mendedahkan isu pergabungan antara kedua-dua pasukan itu tidak pernah timbul kerana ia pemilikan berbeza.

“Saya hairan bagaimana perkara ini boleh timbul sedangkan ia (gabungan Kelantan United dan Kelantan FC) tidak pernah dibincangkan di peringkat tertinggi pasukan.

“Untuk makluman…Kelantan United akan terus bersaingan secara sihat dengan Kelantan FC dalam saingan Liga Super musim hadapan,” katanya.

KELANTAN FC yang dimiliki Norizam Tukiman menunjukkan prestasi cemerlang dalam Liga Perdana musim ini.

Wan Zul ­Ikman memberitahu, Kelantan United membawa misi yang berbeza iaitu mempromosikan aspek patuh syariah dalam bersukan selain menggilap bakat-bakat baharu dalam bola sepak.

Katanya, Kelantan mempunyai ramai bakat-bakat baharu dan skuad Sang Kijang Hijau mahu menjadi platfrom membawa pelapis muda ke peringkat tertinggi.

“Kelantan United tidak lagi bawah kerajaan negeri walaupun pe­naung kita merupakan Pengerusi Jawa­tankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Wan Roslan Wan Hamat.

“Walau bagaimanapun, segala kemudahan yang digunakan tetap perlu dibayar oleh pihak Kelantan United sama seperti pasukan pesaing iaitu The Red Warriors,” ujarnya.

Desas-desus dua kelab Kelantan itu akan bergabung selepas pemilik The Red Warriors, Norizam Tukiman sebelum ini mengakui, beliau terbuka dengan sebarang rundingan untuk penggabungan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya