Kelantan ambil serius isu serang pengadil

Kelantan ambil serius isu serang pengadil

TANGKAP layar yang menunjukkan pengadil diserang semasa mengendalikan perlawanan di Stadium Mini Pasir Mas, Kelantan, Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Biarpun insiden berlaku dalam kejohanan amatur, namun kerajaan negeri Kelantan mengambil serius kejadian pengadil diserang penyokong dalam Liga Elit Dewan Undangan Negeri ) yang berlangsung di Stadium Mini Pasir Mas, Ahad lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, satu mesyuarat tergempar akan diadakan dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklumat penuh berhubung insiden itu.

Menurutnya, maklumat itu bagi membolehkan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan dilakukan dengan sebaik mungkin.

“Apa yang saya boleh katakan di sini, insiden terbabit dipercayai berlaku atas sikap penonton yang tidak dapat mengawal emosi.

WAN Roslan Hamat (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah pada program Kayuhan Kemanusiaan Merdeka Bulan Sabit Merah Daerah Bachok dan Kota Bharu di Kompleks Belia dan Sukan Panji di Kota Bharu semalam. – UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH

“Biasalah bila melibatkan perlawanan (bola sepak) emosi penonton pun turut sama melonjak dan ada penyokong yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil,” katanya selepas diminta mengulas isu serangan ke atas pengadil.

Wan Roslan yang ditemui ketika merasmikan Kayuhan Kemanusiaan Merdeka Bulan Sabit Merah Daerah Bachok dan Kota Bharu di Kompleks Belia dan Sukan Panji semalam berkata, biasanya perlawanan itu dianjurkan di kawasan padang terbuka dan bukan kawasan mempunyai kawalan seperti anjuran liga berprestij tanah air.

Semalam, tular di media sosial video melibatkan insiden berkenaan berdurasi 39 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Kongsi Segala Info.

Video tersebut memaparkan beberapa orang lelaki sedang mengasari pengadil perlawanan dalam pertandingan bola sepak antara mukim dalam daerah Pasir Mas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya