Kedah tambah derita Melaka United

Kedah tambah derita Melaka United

PERTAHANAN Kedah, Marc Vales (kanan) menanduk bola ke gawang Melaka United dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini. - UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka United (MU) yang dibelenggu isu tunggakan gaji pemain tiga bulan, tewas 0-3 kepada Kedah Darul Aman FC dalam saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat, sebentar tadi.

Tanpa kelibat empat pemain import, Ifedayo Olusegun, Sony Norde, Emmanuel Oti dan Adriano Narcizo yang dikatakan tidak berada dalam senarai akibat kecederaan, jentera serangan tuan rumah jelas tumpul.

Skuad Kancil meneruskan rentetan kekalahan ketiga berturut-turut selepas dibelasah Johor Darul Ta’zim (JDT) 4-0 dan Terengganu FC 5-0 sebelum ini.

Dua gol menerusi penyerang import dari Jordan, Mahmoud Almardi pada minit ke-13 sdan minit ke-89 serta pemain gantian, Mohammad Fayadh Zulkifli di minit ke-83 sudah cukup membantu Kedah mengutip tiga mata penuh.

Ini kemenangan kedua berturut-turut buat pasukan itu selepas menewaskan Penang FC 1-0 dalam aksi terakhir liga minggu lalu.

BEK kiri Kedah, Azmeer Aris Nor Rashid (bawah) menghalang kemaraan pemain Melaka United, Fauzan Mohd. Fauzi dalam perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

Buat skuad Hijau Kuning yang dikendali jurulatih, Aidil Sharin Ishak kemenangan 3-0 membolehkan mereka berada di tangga kelima liga dengan mengutip 24 mata daripada 16 perlawanan setakat ini.

Pelawat tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila  Mahmoud Almardi meletakkan mereka di depan pada minit ke-13 berpunca daripada sepakan percuma yang diambil ketua pasukan, Mohd. Syazwan Zainon.

Bola yang gagal ditangkap kemas penjaga gol tuan rumah, Tian Keat See terus disambar Mahmoud untuk mudah menyepak masuk.

Melaka yang tersentak dengan gol awal pelawat cuba menggandakan asakan mencari gol penyamaan yang dicari gagal menggugat benteng pertahanan Kedah.

Ketiadaan empat pemain import tuan rumah jelas menampakkan kepincangan di bahagian serangan.

Tuan rumah bermain seperti kehilangan arah walaupun menyandarkan harapan kepada pemain kebangsaan, Norsharul Idlan Talaha dan Mohamad Fakhrullah Rosli di bahagian serangan namun segalanya tidak menjadi.

BINTANG tengah Kedah, Mahmoud Nayef Ahmad Almardi (tengah) bersaing dengan dua pemain Melaka United, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (kanan) dan Muhammad Fadhil Idris di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

Pada minit ke-30, Mahmoud nyaris meledak jaringan kedua Kedah, namun tandukannya tidak menepati sasaran walaupun hanya berdepan Keat See.

Wanja Ronald Ngah pula hampir menambah gol kedua Kedah pada minit ke-73 apabila tandukannya ketika berdepan Keat See melewati palang gol.

Begitupun tujuh minit sebelum babak tamat, pelawat menambah gol kedua menerusi Mohammad Fayadh yang mudah menyungkit masuk menewaskan Keat See dan di minit terakhir, Mahmoud meledak jaringan ketiga  buat Sang Kenari.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya