Kecederaan sekat Pearly-Thinaah ke suku akhir

Kecederaan sekat Pearly-Thinaah ke suku akhir

PEARLY Tan terpaksa ditolak dengan kerusi roda selepas mengalami kecederaan ketika beraksi menentang pasangan Korea Selatan pada Terbuka Jepun di Osaka. - IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat Pearly Tan-M.Thinaah untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir badminton Terbuka Jepun terpaksa dilupakan selepas beregu wanita No. 1 negara itu menarik diri akibat kecederaan ketika menentang pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee Yu Lim pada pusingan kedua di Osaka, hari ini. 

Pearly-Thinaah sebelum itu turun ke gelanggang dengan motivasi tinggi selepas menyingkirkan beregu No. 2 dunia, Shin Seung Chan-Lee Soo Hee pada pusingan pertama semalam. 

Bagaimanapun kecederaan yang menimpa Pearly ketika di set kedua merencatkan tempo permainan mereka, menyaksikan pasangan Korea Selatan tersebut bangkit, dan kemuncaknya, Pearly-Thinaah terpaksa menarik diri di set ketiga pada kedudukan 21-13, 19-21, 11-16. 

Malaysia bagaimanapun masih memiliki tiga wakil di Osaka esok menerusi beregu lelaki, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan dua beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing serta Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei.

Pilihan ketujuh kejohanan, Kian Meng-Pei Jing dikerah beraksi sehingga tiga set sebelum melakar kemenangan 14-21, 21-11, 21-15 ke atas pasangan Taiwan, Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang.

HOO PANG RON-TOH EE WEI

Terdahulu, beregu muda, Pang Ron-Ee Wei menempah slot suku akhir selepas melakukan kebangkitan dramatik untuk mengatasi pasangan Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek dengan keputusan 29-30, 21-18, 21-11.

Aksi dalam acara beregu lelaki pula menyaksikan gandingan Ee Yi -Yew Sin kekal unggul untuk mara ke suku akhir selepas menewaskan pasangan adik-beradik dari Perancis, Christo-Toma Junior Popov 21-13, 21-13 dalam tempoh 33 minit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya