KARiSMA 2022 dianjur semula selepas tiga tahun -

KARiSMA 2022 dianjur semula selepas tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kejohanan Karnival Sukan Mahasiswa (KARiSMA) kini kembali dianjurkan setelah kali terakhir diadakan pada tahun 2019 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam di sini.

Menurut jurucakap penganjur, Shahrin Ismail, bagi edisi kali ke-27 ini, ia akan bermula pada 28 September hingga 5 Oktober depan.

“Para peserta akan berkampung di UiTM Shah Alam yang melibatkan penyertaan kira-kira 3,040 atlet dan pegawai serta sukarelawan dari 14 kampus UiTM seluruh Malaysia.

“Sebanyak 14 acara sukan yang akan dipertandingkan melibatkan sukan bola sepak, bola baling , bola jaring, ping pong, bowling padang, bola tampar, catur, badminton, sepak takraw, petanque, tenis, futsal, bola keranjang dan hoki dewan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahrin berkata, kejohanan yang dianjurkan oleh Pusat Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar tersebut bertujuan untuk memberikan impak kepada matlamat program universiti dalam menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goal), iaitu “Kesihatan dan Kehidupan Yang Baik”.

Katanya, ia adalah usaha UiTM mempromosikan gaya hidup sihat dan sejahtera melalui penganjuran program sukan kepada warga kampus.

“KARiSMA juga bertujuan memilih pemain-pemain baharu untuk mewakili UiTM ke kejohanan peringkat universiti kebangsaan dan antarabangsa.

“Majlis perasmian KARiSMA akan disempurnakan pada 1 Oktober depan oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Ts. Dr.Roziah Mohd. Janor, yang akan berlangsung di Stadium Hoki UiTM Shah Alam disamping mematuhi prosedur penganjuran yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya