Karier Tuchel rosak angkara wanita?

Karier Tuchel rosak angkara wanita?

THOMAS Tuchel bersama bekas isteri (kiri) dan ketika bercuti dengan teman wanita (kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Biarpun Thomas Tuchel dipecat tanpa belas kasihan oleh pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly, namun pengendali dari Jerman itu mengucapkan selamat tinggal kepada Blues bersama pampasan lumayan 13 juta pound (RM67.36 juta).

Tuchel, 49, dipecat kelmarin, beberapa jam selepas pasukannya kalah 1-0 kepada kelab Croatia, Dinamo Zagreb dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara.

Menurut media Britain, Tuchel hanya mengetahui dia dipecat menerusi panggilan video 10 minit selepas bersiap sedia untuk melakukan ‘bedah siasat’ bersama pasukan.

Walaupun merayu agar diberi peluang kedua, namun permintaannya tidak diendahkan oleh Boehly, yang semakin hampir membawa masuk pengurus Brighton, Graham Potter sebagai pengganti.

Memecat Tuchel selepas membenarkannya membelanjakan 300 juta pound (RM1.55 bilion) untuk membawa masuk pemain baharu pada jendela perpindahan lalu dianggap tindakan gila daripada Boehly.

Begitupun menurut sumber dalaman kelab London itu, Tuchel sudah hilang pengaruh dalam bilik persalinan dan sering menjadi bahan ‘gossip’ pemain.

Fokus bekas jurulatih Paris Saint-Germain (PSG) itu dikatakan mula hilang selepas perkahwinan yang dibina selama 13 ­tahun bersama Sissi berkecai, Mei lalu.

Hubungannya bersama wanita Brazil yang juga ibu tunggal dua anak, Natalie Max, 35, kemudian menjadi bahan bualan dalam kalangan pemain.

“Semua pemain tidak berhenti bercakap mengenai kisah percintaan mereka dan kehidupan peribadi Tuchel telah mengganggu fokusnya.

“Persepsi (rasa hormat) pemain terhadapnya mula kurang dan dia tidak lagi menjadi seorang genius bola sepak,” kata sumber berkenaan.

Cerita Tuchel membawa Natalie bercuti di atas kapal layar mewah di Sardinia, Itali pada ­Julai lalu iaitu beberapa hari selepas penceraiannya antara yang menjadi topik hangat para pemain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya