PETALING JAYA: Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak sabar untuk mengetahui apakah kejutan yang akan diumumkan oleh Harimau Selatan esok selepas kelab itu memuat naik video ‘mengujakan’ di laman sosial rasmi mereka hari ini.
JDT menerusi laman web rasminya, Johor Southern Tigers (JST) memuat naik video ringkas 15 saat bersama status: “Era baharu akan tiba tidak lama lagi. Nantikan pengumuman rakan kongsi antarabangsa baharu Johor Darul Ta’zim FC pada hari Isnin!.”
Apa yang lebih mengujakan, video tersebut memaparkan logo kelab gergasi Eropah seperti juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City, Juventus (Itali) dan juara Liga Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).
Video tersebut menerima lebih 4,000 tanda suka dan hampir 300 komen, dengan rata-rakan peminat tidak sabar untuk mendengar ‘kejutan’ JDT. – UTUSAN ONLINE
A new era is coming soon. Stay tuned for the announcement of Johor Darul Ta'zim FC's new international partner on Monday! #NewPartnership#LuaskanKuasamuJohor#JDTFamily pic.twitter.com/yAwz2z7Is8
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 24, 2022