Johor mampu jadi kuasa besar sukan

Johor mampu jadi kuasa besar sukan

KONTINJEN Johor menutup kempen Sukma 2022 selaku juara keseluruhan. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hanya orang luar yang boleh menilai sama ada Johor kini antara kuasa besar sukan di negara ini atau sebaliknya, selepas Harimau Selatan dinobatkan selaku juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang menutup tirai temasya, kelmarin.

Ketua kontinjen Johor, Datuk Mohamad Najib Samuri berkata, baru minggu ini, Johor muncul sebagai juara Sukma, pihaknya tidak boleh memberikan pengiktirafan tersebut kepada kontinjen sendiri.

“Kita tidak boleh menilai diri sendiri, hanya pihak luar yang boleh menilai pencapaian kami. Namun, saya percaya Johor mampu jadi kuasa besar sukan di negara ini,” katanya ketika ketika diminta mengulas me­ngenai pencapaian kontinjen Johor pada temasya dwi tahunan tersebut.

Johor buat kali pertama dalam sejarah Sukma sejak diperkenalkan 36 tahun lalu muncul juara keseluruhan setelah menyapu 77 pingat emas, 52 perak dan 43 gangsa.

KANU menjadi penyumbang terbesar Johor dengan 23 pingat emas.

Diajukan pula pertanyaan tentang ganjaran, Mohamad Najib memberitahu, pihaknya menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk memutuskan tentang perkara tersebut.

“Mengenai ganjaran saya pulangkan kepada kerajaan negeri, begitu juga dengan meraikan atlet-atlet ini, masih belum ada sebarang keputusan,” ujarnya.

Bercakap tentang pencapai­an menggondol 77 pingat emas, beliau menjelaskan, kutipan tersebut merupakan yang ter­tinggi sepanjang sejarah Sukma mengatasi rekod yang dipegang Terengganu iaitu 47 emas pada Sukma 2010 di Melaka.

TAN Rouxin Tan muncul ratu kolam renang apabila membolot enam pingat emas untuk membolehkannya dinobat sebagai Atlet Wanita Terbuka Sukma 2022. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Beliau turut memuji prestasi cemerlang yang dipamerkan pesilat Johor yang turut menyumbang pingat emas kepada kontinjen negeri itu.

“Alhamdulillah, sejak 2016, silat tidak ada sebarang pingat dan hari ini, kita mendapat sembilan pingat emas daripada keseluruhan 18 acara yang kita sertai,” tambahnya.

Selain silat, olahraga (sembilan emas) dan berbasikal (11 emas), sukan kanu paling cemerlang apabila menjadi penyumbang pingat terbesar kontinjen Johor dengan 23 pingat emas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya