Jaringan Arif Aiman beri kelebihan kepada JDT

Jaringan Arif Aiman beri kelebihan kepada JDT

ARIF Aiman Hanapi (tengah) meraikan jaringannya untuk membolehkan JDT mengatasi Terengganu FC 1-0 pada babak pertama Piala FA di Bukit Jalil malam ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) mendahului Terengganu FC 1-0 pada babak pertama perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Skuad Harimau Selatan hampir mendahului pada minit ke-12, namun percubaan kencang Arif Aiman Hanapi sekadar menggegar tiang gol yang dikawal penjaga gol Terengganu, Rahadiazli Rahalim.

Barisan serangan JDT sekali lagi melakukan percubaan, kali ini menerusi rembatan Fernando Forestieri, namun bola melambung tinggi melepasi gawang gol pada minit ke-20.

 

Serangan balas Penyu menerusi penyerang import dari Ivory Coast, Tchetche Kipre pada minit ke-25 hampir meletakkan Terengganu di depan, namun kepantasan penjaga gol JDT, Farizal Marlias berjaya memastikan gawangnya tidak dibolosi.

Usaha JDT mencari gol pendahuluan akhirnya berhasil pada minit ke-34 menerusi rembatan kencang Arif Aiman sekali gus menggamatkan stadium dengan sorakan penyokong Harimau Selatan.

Tersentak dengan jaringan itu, Terengganu cuba merencana beberapa peluang untuk mencari gol penyamaan tetapi gagal menembusi bentang kental JDT. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya