Jangan 'kecam' secara melulu isu Lee Peng

Jangan ‘kecam’ secara melulu isu Lee Peng

Noorul Ariffin Abdul Majeed
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) meminta orang ramai agar tidak menjatuhkan hukum secara melulu selepas tular mengenai bekas atlet renang para negara, Koh Lee Peng menerima bantuan daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Sebaik sahaja Ebit memuat naik kisah dia bertemu Lee Peng di Bukit Bintang kelmarin dan menghulur bantuan kepadanya, orang ramai mula menyelar agensi-agensi yang menguruskan sukan negara.

Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed menegaskan, pihaknya dan agensi kerajaan yang lain telah menawarkan banyak bantuan kepada Lee Peng, termasuklah sebuah gerai di stesen LRT dan di Pulau Pinang, namun ditolak.

Katanya, isu itu tidak wajar dieksploitasi untuk agenda peribadi kerana semua pihak bertanggungjawab telah pun dan bersedia menghulur bantuan kepada bekas atlet atau atlet yang bakal bersara meneruskan hidup.

“Bukan saja bantuan wang ringgit, kerusi roda bermotor dan beberapa kursus kemahiran untuk membantunya berdikari. MSN (Majlis Sukan Negara) juga pernah menawarkan kursus kejurulatihan supaya dia boleh menjadi jurulatih. Semua tawaran itu dia tolak.

“Dia juga mempunyai beberapa orang pekerja menghasilkan barang jualannya seperti sarung tisu, tabung dan barangan lain. Barang-barang ini dijual Lee Peng kepada orang awam.

EBIT Lew berkongsi pertemuannya dengan Koh Lee Peng di Bukit Bintang kelmarin. – IHSAN FACEBOOK EBIT LEW

“Lee Peng tidak sepatutnya menjaja semata-mata meraih simpati atau melariskan jualannya. Dia tidak harus menyarung jersi negara kerana itu adalah bentuk penghinaan kepada wira lain.

“Baru-baru ini Lee Peng ada membuat permintaan (kepada Yakeb) untuk mendapatkan sebuah kondominium yang sewanya bernilai RM5,000 dan dia minta kepada penaja kita deposit RM20,000.

“Penaja tolak permintaan itu. Kita juga pernah mahu berikan tapak gerai di bawah LRT, dia tolak sebab hanya mahu berniaga di Pavillion,” katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail di Bukit Jalil, semalam.

Bukan itu sahaja, pada 2019, Majlis Perbandaran Pulau Pinang juga pernah menawarkannya sebuah gerai, namun ditolak malah bekas atlet itu mempunyai syarikat berdaftar di bawah nama ODP Enterprise.

“Pelbagai usaha telah dibuat untuk mendekati dan berbincang dengannya bukan saja oleh kami malah menteri dan timbalan menteri. Namun begitu, dia cuma beri reaksi negatif dan menegaskan bahawa dia tidak buat kesalahan besar, meniaga secara kecil-kecilan seperti itu.

“Dalam konteks ini, orang awam akan mendapat persepsi negatif bahawa bekas-bekas atlet terlantar (dibiarkan) sedangkan kami sentiasa salurkan bantuan.

“Mungkin pendekatan Lee Peng dalam memaparkan profil diri dan perniagaannya adalah dengan memakai jersi Malaysia dan pingat sedangkan dia telah mendapat semuanya (insentif kemenangan, bantuan) jadi tidak ada isu sebenarnya,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya