'Ia satu penghormatan kembali menyarung jersi Harimau Malaya'

‘Ia satu penghormatan kembali menyarung jersi Harimau Malaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas melalui pelbagai dugaan dan bekerja keras untuk kembali ke tahap terbaik, Brendan Gan teruja diberi penghormatan menggalas cabaran Harimau Malaya.

Kapten Selangor itu berkata, dia sudah tidak sabar untuk membantu Malaysia menghadapi Piala Raja Thailand yang akan berlangsung di Chiang Mai minggu depan.

“Adalah satu penghormatan besar untuk kembali ke pasukan kebangsaan selepas menghadapi begitu banyak cabaran dalam hidup. Saya akan melakukan yang terbaik untuk pasukan dan negara.

“Semoga kami dapat beraksi dengan baik dalam Piala Raja,” kata Brendan yang mendaftar diri pada hari pertama kem latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, semalam.

Brendan antara 25 pemain yang tersenarai dalam skuad Kim Pan Gon yang akan berlepas ke Thailand, Isnin ini.

BRENDAN Gan (belakang, kiri) menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. – IHSAN FAM

Sejak kembali bermain secara kompetitif bersama Selangor, iaitu selepas pulih sepeuhnya daripada kanser, bintang tengah berusia 34 tahun itu kini berada pada tahap yang dimahukan.

Merujuk kepada corak permainan terkini di bawah kendalian Pan Goh, Brendan mengakui, dia teruja dengan perubahan yang dibawa jurulatih Korea Selatan itu selepas melihat beberapa perlawanan sebelum ini, termasuk dalam kempen pusingan kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur Jun lalu.

Dalam Kejohanan Piala Raja Thailand ini, Malaysia yang berada di ranking 148 dunia diundi untuk menentang Thailand (ranking 111) pada 22 Sept (Khamis), manakala Trinidad & Tobago (ranking 101) akan berhadapan dengan Tajikistan (ranking 109).

Pemenang kedua-dua perlawanan itu akan bertemu dalam peringkat final pada 25 September, manakala pasukan yang kalah merebut kedudukan ketiga.

Malaysia pernah menjulang Piala Raja Thailand empat kali pada 1972, 1976, 1977 dan 1978. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya