Hidung berdarah, Ronaldo resahkan penyokong Portugal

Hidung berdarah, Ronaldo resahkan penyokong Portugal

KEADAAN Cristiano Ronaldo selepas cedera akibat bertembung dengan penjaga gol Republik Czech, Tomas Vaclik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Cristiano Ronaldo meresahkan penyokong Portugal buat seketika apabila mengalami pendarahan di hidung gara-gara berlaga dengan penjaga gol Republik Czech, Tomas Vaclik ketika membantu negaranya melakar kemenangan 4-0 dalam kempen Liga Negara-Negara awal pagi tadi.

Darah mengalir dari hidung bintang penyerang Manchester United itu ketika dia cuba mendapatkan bola tinggi hanya 12 minit selepas perlawanan berlangsung.

Ronaldo, 37, terbaring di atas padang sebelum mendapatkan rawatan dan kembali ke padang dengan memakai pelekat di hidung.

Dia kemudian menghukum pasukannya apabila menghadiahkan sepakan penalti kepada lawan gara-gara bola terkena tangan, namun Portugal terselamat apabila tendangan Patrik Schick terkena palang.

Kecederaan Ronaldo bagaimanapun tidak menjejaskan Portugal yang melakar kemenangan 4-0 menerusi dua jaringan Diogo Dalot dan satu gol masing-masing disumbangkan Bruno Fernandes serta Diogo Jota

Kemenangan itu menyaksikan Portugal hanya memerlukan satu mata daripada perlawanan terakhir Kumpulan 2, menentang Sepanyol, Selasa ini untuk mengesahkan tiket ke saingan playoff.

Portugal menang 4-0 seterusnya akan berdepan Sepanyol di laman sendiri Selasa ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya