Diaz inspirasi atlet angkat berat Wilayah Persekutuan

Diaz inspirasi atlet angkat berat Wilayah Persekutuan

MARTIN Guntali bersama atlet angkat berat Wilayah Persekutuan menjalani latihan di garaj kereta di Kampung Kesang Tua, Jasin, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Jika Hidilyn Diaz mampu meraih pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, maka tidak mustahil skuad angkat berat Wilayah Persekutuan (WP) turut mampu melakukannya menjelang temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 dari 16 hingga 29 September ini.

Garaj kereta yang menjadi tempat latihan atlet Filipina itu di Kampung Kesang Tua di sini menjadi lokasi sesi latihan terakhir buat 10 atlet angkat berat WP, yang terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita.

Ketika ditemui Utusan Malaysia, jurulatihnya, Martin Guntali berkata, latihan dalam suasana kampung jauh daripada hiruk-pikuk bandar membolehkan atletnya memberi fokus penuh, selain dibantu jurulatih dari Thailand, Chalermphol Muaymun yang kebetulan turut berada di kampung berkenaan.

Menurutnya, Muaymun turut membawa seorang atlet Thailand berusia 23 tahun menjalani latihan di garaj itu, sejak pertengahan bulan lalu sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Angkat Berat Dunia di Colombia, Disember ini.

“Saya harap inspirasi kejayaan Hidilyn mampu diserap oleh semua atlet pada sesi latihan terakhir ini, selain dibantu jurulatih dari Thailand menjanjikan sasaran dua emas mampu menjadi realiti.

KAMPUNG Kesang Tua di Jasin, Melaka sangat istimewa buat Hidilyn Diaz kerana di situlah dia menjalani latihan selama beberapa bulan sebelum merangkul pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020. – AFP

“Saya pilih Kampung Kesang Tua sebagai sesi latihan terakhir kerana mahu mengehadkan pergerakan semua atlet yang bertanding agar mereka dapat memberi fokus sepanjang hampir tiga minggu berada di sini,” katanya ketika ditemui.

Martin yang juga bekas atlet angkat berat negara menyumbang perak di Sukan Komanwel 1994 Victoria, Kanada menambah, sasaran dua emas diletakkan pada bahu pemenang pingat gangsa Sukan Sea Hanoi 2021, Muhammad Erry Hidayat dan atlet tunggal wanita WP, Nur Atikah Mohd. Sobri yang juga protege kepada Hidilyn.

Katanya, Nur Atikah menjadi sandaran utama kategori wanita kerana dia permah menjalani latihan bersama Hidilyn ketika atlet Filipina itu membuat persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo.

“Saya harapkan hasil tunjuk ajar pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo itu, dia (Nur Atikah) mampu meraih emas dan mencipta rekod baharu Sukma bagi kategori 59 kilogram (kg),” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya