Cheah Shangyang sumbang emas pertama Wusyu buat P.Pinang - Utusan Malaysia

Cheah Shangyang sumbang emas pertama Wusyu buat P.Pinang

AKSI Cheah Shangyang ketika memenangi pingat emas di Sukma.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet Pulau Pinang, Cheah Shangyang memenangi pingat emas Sukan Malaysia (Sukma), hari ini.

Terdahulu, Shangyang turut meraih pingat emas di Sukan Universiti Asean (AUG), Julai lalu.

Kemenangan Shangyang,22, itu menceriakan kontinjen Pulau Pinang dan ia merupakan pingat emas sulung yang diperoleh mereka menerusi sukan wusyu, hasil pungutan mata 9.640.

“Hari ini saya lewatkan sedikit sesi pemanas badan kerana selepas melakukan dua kesilapan dalam acara semalam, saya rasa kesilapan saya adalah kerana terlalu awal buat warm up. Secara keseluruhan, saya rasa persembahan saya okay, saya puas hati,” katanya.

Pingat perak dan gangsa, masing-masing dimenangi Siaw Ree Hang dari Sabah (9.556) dan Wee Din Jun dari Pulau Pinang (9.553).

Sementara itu, kategori wanita dimenangi wakil Wilayah Persekutuan, Lydia Lau Pei Yi yang meraih pungutan mata penuh 9.436, meninggalkan pesaingnya di tempat kedua, Lee Huan dari Johor (9.400) dan Tan Pei Ler dari Melaka (9.166).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya