Candra Wijaya sedia cabar Purple League Profesional

Candra Wijaya sedia cabar Purple League Profesional

TOMMY Sugiarto antara yang bakal memperkuatkan cabaran Kelab Badminton Candra Wijaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelab Badminton Candra Wijaya bersedia memberi mencabar serius dalam kejohanan Purple League Profesional minggu depan.

Kelab yang berpangkalan di Indonesia itu akan membuat penampilan sulung dalam kejohanan berprestij yang pertama kali membabitkan penyertaan kelab profesional antarabangsa.

Menurut pengurus pasukan, Denny Kantono, pemainnya sedang menjalani latihan intensif dengan misi untuk memberi cabaran buat pasukan lain.

 

“Kami juga menyasarkan untuk mara ke separuh akhir. Saya akui pasukan badminton Singapura dan Kelab Badminton Petaling mempunyai barisan pemain yang mantap dan mampu memberi tentangan yang sengit,” katanya.

Kantono turut yakin dengan kudrat pemain ranking ke-15 dunia, Hafiz Faizal dan pemain berpengalaman, Serena Kani untuk menyumbang mata buat pasukan.

Kantono turut memuji Malaysia Purple League (MPL) yang melakukan perubahan drastik terhadap kejohanan ini dengan berjaya menarik penglibatan kelab antarabangsa.

 

Kelab Badminton Candra Wijaya diletak dalam kumpulan A bersama Kelab Badminton Ampang Jaya, Kelab Badminton Petaling dan Singapura dalam misi ke separuh akhir.

Edisi keenam SENHENG redONE Purple League akan memulakan saingan pada 1 hingga 6 Oktober depan di Stadium Malawati Shah Alam, manakala pusingan akhir akan berlangsung 8 hingga 9 Oktober bertempat di Arena of Stars, Genting Highlands. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya