Bola sepak ubat kekecewaan Terengganu

Bola sepak ubat kekecewaan Terengganu

PEMAIN Terengganu menuulang jurulatih, Badrul Afzan Razali selepas menumpaskan Pulau Pinang untuk muncul juara bola sepak Sukma 2022 di Cheras. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan skuad bola sepak Terengganu memenangi ‘ibu segala pingat’ mengubati kekecewaan negeri itu atas kegagalan mempertahankan kejuaraan keseluruhan pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, selepas hampir 12 tahun gagal meraih pingat emas, pemain dan pengurusan membuktikannya pada aksi final menentang Pulau Pinang.

“Sebenarnya dari segi sasaran pingat memanglah kita mencapai sasaran asal kita iaitu 57 emas untuk Sukma 2022.

“Walaupun tidak menjadi juara daripada segi pencapaian sebagaimana kita sasarkan, cuma oleh kerana berlaku kelemahan sedikit sebanyak mungkin kita tidak jadi juara pada kali ini.

“Tetapi dengan kemenangan pasukan bola sepak ini yang merupakan ibu segala pingat maka tentunya ia akan dapat mengubati hati para penyokong dan seluruh rakyat Terengganu,” katanya.

Kali terakhir Terengganu meraih pingat emas adalah pada 2010 dan kemenangan 2-0 ke atas Pulau Pinang hasil jaringan ketua pasukan Muhammad Safwan Mazlan serta gol sendiri pemain lawan memastikan detik gemilang buat Sang Penyu.

Pencapaian itu turut membolehkan Terengganu mengikut jejak Pahang dan Perak yang berjaya memenangi empat pingat emas dalam acara terbabit pada temasya Sukma.

Tambahnya, usaha gigih pemain yang mempamerkan aksi bersemangat sepanjang perlawanan wajar dipuji.

“Terima kasih kepada semua pemain, jurulatih dan pegawai-pegawai pasukan serta penyokong yang ada di Lembah Klang hadir memberikan sokongan.

“Pemain tetap bersemangat memburu gol sehinggalah tamat masa perlawanan walaupun telah mendahului pasukan lawan.

“Kejayaan ini begitu manis buat Terengganu setelah 12 tahun tidak memenanginya,” jelasnya.

Johor muncul kuasa baharu sukan negara apabila merangkul kejuaraan keseluruhan buat kali pertama dengan menggondol 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa.

Terengganu pulang bersama 64 emas, 49 perak dan 56 gangsa, diikuti Wilayah Persekutuan yang mengumpul 55 emas, 68 perak serta 64 gangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya