Bergson janji ‘peluru’ tepat ke sasaran

Bergson janji ‘peluru’ tepat ke sasaran

PEMAIN JDT menjalani latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam dalam persiapan menghadapi Terengganu FC pada final Piala FA esok. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT) Bergson Da Silva yang akan membuat penampilan pertama di pentas final Piala FA, tidak rela pulang dengan kekecewaan.

Memiliki sentuhan penyudah cukup berbisa, penyerang dari Brazil itu mengimpikan membawa pulang trofi itu ke bumi Johor dan enggan mengecewakan penyokong skuad Harimau Selatan.

“Sepanjang tempoh persiapan ke final, kami akan memperbaiki segala kekurangan serta cuba berada di tahap terbaik supaya segalanya akan berjalan lancar pada hari perlawanan.

“Saya berazam untuk berada di tahap terbaik pada hari perlawanan dan cuba ulangi prestasi yang sama seperti mana yang dilakukan pada perlawanan-perlawanan sebelum ini.

BERGSON DA SILVA

“Kepada penyokong JDT, saya harap semua dapat hadir ke Stadium Nasional kerana kami amat perlukan anda sebagai pembakar semangat dan kami akan berikan yang terbaik untuk anda semua,” katanya yang telah meledak 23 gol setakat ini.

Kali terakhir JDT memenangi Piala FA adalah pada tahun 2016 ketika menewaskan PKNS 2-1 pada aksi final.

Skuad Harimau Selatan akan berdepan Terengganu FC di ­Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Terengganu yang turut mahu menamatkan kemarau untuk memenangi trofi itu sejak kali terakhir menjulangnya pada 2011 pasti tidak akan memberi laluan mudah kepada JDT.

“JDT sudah lama tidak menang Piala FA dan sudah tentu saya serta rakan sepasukan akan berikan segalanya pada perlawanan akhir ini,” kata Bergson.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya