Bekas bintang bola sepak Asean hangatkan Stadium Likas

Bekas bintang bola sepak Asean hangatkan Stadium Likas

PETER Anthony (tengah) dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Bekas bintang bola sepak Asean bakal menyinari Kejohanan Pesta Bola Merdeka Sabah Piala SMJ yang akan diadakan pada 16 September ini.

Pengerusi Penganjur Bersama Kejohanan, Datuk Peter Anthony berkata, lapan pasukan akan berentap dalam kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu iaitu Sabah, Sabah SMJ, Sarawak, Johor, Selangor, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kejohanan yang julung kali diadakan itu bakal menampilkan legenda Singapura, Fandi Ahmad; bekas bintang tengah skuad kebangsaan, Yap Wai Loon dan bekas penyerang Selangor, Bambang Pamungkas (Indonesia). 

Antara nama-nama besar yang pernah bermain dalam buat pasukan Sabah pula adalah Jelius Ating, Burhan Ajui, Harun Laban dan Matlan Marjan.

Beliau berkata, kejohanan anjuran Jabatan Ketua Menteri bersama Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) dan Kelab Bola Sepak SS90 Sabah.

Kejohanan bola sepak itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM358,000. Johan akan menerima wang tunai RM120,000 dan tempat terakhir akan menerima wang tunai RM20,000.

“Ini merupakan kejohanan terbesar yang kita pernah anjurkan. Sebelum ini, kita pernah anjurkan kejohanan tapi, tidaklah sebesar ini.

“Saya percaya kejohanan ini memberi peluang kepada peminat bola sepak untuk melepas rindu melihat bekas pemain kegemaran mereka beraksi di padang.

“Kesemua lapan pasukan ini telah mengesahkan penyertaan mereka dan proses cabut undi untuk perlawanan itu akan diadakan pada minggu hadapan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Pesta Bola Merdeka Sabah Piala SMJ, hari ini.

Sepak mula kejohanan itu akan diadakan pada pukul 7 malam, 16 September di Stadium Likas dan majlis perasmian akan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hadir sama ialah Pengerusi Penganjur Bersama, Datuk Abdul Kassim Razali dan Timbalan Pengerusi Penganjur, Henry Saimpon.

Mengulas lanjut katanya, kejohanan itu diadakan secara percuma dan orang ramai dinasihatkan untuk datang ke stadium lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

Orang ramai turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah pada kejohanan tersebut. – UTUSAN ONLINEhttp://utusan.com.my

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya