AS kekalkan penguasaan Piala Presiden

AS kekalkan penguasaan Piala Presiden

PASUKAN AS bersama trofi Piala Presiden yang dimenangi buat kali kesembilan berturut-turut di Quail Hollow Country Club, Charlotte, Carolina Utara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHARLOTTE, Amerika Syarikat: Juara Olimpik, Xander Schauffele memberi mata penting kepada Amerika Syarikat (AS) untuk membantu mereka mempertahankan kejuaraan golf Piala Presiden buat kali kesembilan berturut-turut hari ini.

Schauffele menewaskan pemain Kanada, Corey Conners di Quail Hollow untuk membolehkan AS menundukkan Pasukan Antarabangsa 17.5-12.5.

“Pertarungan berlangsung dengan amat sengit, namun kemenangan tetap kemenangan. Saya memiliki peluang dan memanfaatkannya,” kata Schauffele.

Pasukan Antarabangsa gagal bangkit pada hari terakhir dan terus kempunan untuk merampas kejuaraan sejak 1998.

“Ia sangat mengecewakan kerana kami yakin dengan kemampuan pemain-pemain ini. Kami mengharungi minggu yang hebat. Mereka berjuang berhabis-habisan.

“Pemain-pemain ini mempunyai hati yang waja. Saya pasti akan berjuang lagi bersama mereka pada bila-bila masa,” kata kapten Pasukan Antarabangsa, Trevor Immelman.

Dengan 10 pemain mereka berada dalam ranking 16 terbaik dunia, AS sejak awal menjadi pilihan utama untuk memenangi kejohanan berbanding pasukan dibarisi bintang dari seluruh dunia itu.

Pasukan Antarabangsa turun tanpa juara Terbuka Britain, Cam Smith dan beberapa nama besar yang berpindah dari Jelajah PGA ke LIV Golf, menyebabkan mereka tidak layak beraksi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya