Arif Aiman belum puas hati

Arif Aiman belum puas hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Baru berusia 20 tahun dan sudah memenangi pelbagai penghormatan sepanjang kariernya yang masih mentah, namun Arif Aiman Hanapi belum berpuas hati dengan pencapaian yang diraih.

Aiman yang meledak satu gol ketika membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) menumpaskan Terengganu FC 3-1 kelmarin dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala FA 2022.

Begitupun kata Aiman, belum ada pencapaian yang diraih peringkat antarabangsa membuatkan dia tidak pernah puas dengan apa yang diraih.

ARIF Aiman meledak gol pembukaan JDT.

“Alhamdulillah pertama kali menang Piala FA dalam karier saya dan saya letak dalam diri saya tak akan pernah puas hati dalam setiap perlawanan.

“Ini kerana pada masa akan datang akan ada lebih banyak lagi perlawanan untuk saya buktikan yang saya boleh yang terbaik.

“Saya hanya akan berpuas hati bila satu hari nanti saya dapat bermain di peringkat tertinggi antarabangsa dan memenangi kejuaraan di peringkat antarabangsa bersama JDT,” katanya.

Pada aksi final FA pertama buat dirinya itu, Arif meledak gol pembukaan pada minit ke-34 menerusi rembatan kaki kiri untuk menewaskan penjaga gawang Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim.

Pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 itu mengucapkan terima kasih kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana sering memberi kata-kata semangat untuknya menjadi seorang pemain terbaik.

“Ketika mula saya masuk skuad JDT saya tidak yakin dapat bermain dalam kesebelasan utama kerana ramai pemain berpengalaman dan berkualiti, tetapi saya sentiasa berpegang pada kata-kata TMJ yang memintanya untuk bermain dengan agresif,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya