Aiman kongsi kejayaan bersama jiran belakang rumah

Aiman kongsi kejayaan bersama jiran belakang rumah

PELUMBA basikal pasukan Johor (Lelaki), Muhammad Nur Aiman Rosli meraih pingat emas dalam kategori ujian masa berbasikal lebuhraya perseorangan lelaki di Sukma edisi ke-20 yang berlangsung di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Johor mendominasi hari pertama berbasikal lebuh raya selepas Muhammad Nur Aiman Rosli menggondol pingat emas kedua acara ujian masa individu lelaki sejauh 39.9 kilometer (km) pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di D’tempat Country Club, Bandar Baru Sendayan di sini, semalam.

Aiman yang merupakan juara kebangsaan sebanyak tiga kali berturut-turut itu menepati ramalan memenangi acara tersebut selepas melakukan catatan masa terpantas 53 minit 08.865 saat (s).

Pingat perak pula dimenangi oleh pelumba Terengganu, Kee Zhe Yie yang melakar 53:44.086s, manakala pelumba Perak, Muhammad Yusri Shaari membawa pulang gangsa menerusi catatan 54:06.108s.

Ketika ditemui pemberita selepas upacara penyampaian pingat, Aiman berkata, dia gembira dapat membantu Johor meraih emas kedua dan apa yang lebih manis kejayaan tersebut turut dikongsi bersama jiran belakang rumah, Siti Nur Adibah Akma Mohd Fuad yang meraih emas pertama temasya.

“Saya gembira dapat sumbang pingat emas buat Johor lebih-lebih lagi ini acara kegemaran saya.

“Jiran belakang rumah (Siti Nur Adibah) pun menang emas, rezeki Puteri Gunung Ledang agaknya,” kata Aiman dalam nada berseloroh.

Pelumba basikal pasukan Johor (Lelaki), Muhammad Nur Aiman Rosli pelumba Wanita Johor, Siti Nur Adibah Akma masing-masing menyumbang pingat emas kepada kontinjen Johor di Sukma 2022, semalam.-UTUSAN/AMIR KHALID

Atlet berusia 23 tahun tersebut memberitahu, emas yang diraihnya itu merupakan yang kedua selepas berjaya memenangi kilauan pingat yang sama semasa Sukma Perak, empat tahun lalu.

Ketika ditanya mengenai prestasinya, semalam, Aiman berkata, dia kurang berpuas hati dengan persembahannya kerana yakin mampu melakukan catatan yang lebih baik.

Tambahnya, sebelum Sukma, dia terkena jangkitan influenza sehingga merencat persiapannya ke temasya dwi tahunan tersebut.

“Mujurlah saya sempat pulih dan segera kembali berlatih,” katanya yang akan beraksi dalam acara lebuh raya sejauh 160 km, hari ini.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya